Saturday, December 11, 2010

Masa Hadapan Sastera Melayu Singapura Bergantung kepada Pembaca Malaysia?

Sasterawan Singapura dan pemenang SEA Write Award, Tn. Isa Kamari (foto), menulis posting dalam Facebook beliau:

"Masa hadapan sastera Melayu Singapura bergantung kepada pembaca di Malaysia. Saya semakin yakin terhadap kemungkinan ini."

Idea yang dicatatkan oleh beliau itu menarik dibincangkan.

Pertama-tama, apakah asas yang menjadikan wujudnya "sastera Melayu Singapura"? Apakah disebabkan penulisnya kebetulan rakyat Singapura maka wujudlah "sastera Melayu Singapura"?

Jika benar apa yang dikatakan "sastera Melayu Singapura" itu wujud, apakah ciri-ciri kesusasteraan yang ada pada "sastera Melayu Singapura", yang membezakannya daripada karya sastera yang ditulis dalam Bahasa Melayu oleh sasterawan Melayu".

Apakah hanya disebabkan karya sastera rakyat Singapura membicarakan isu-isu ke-Singapura-an, maka dikatakan wujudlah "sastera Melayu Singapura"? Jika demikian logiknya, apabila karya sastera yang membicarakan isu-isu setempat, maka wujudlah sastera Melayu berdasarkan lokasi isu-isu itu, seperti "sastera Melayu Kuala Lumpur" ataupu "sastera Melayu Kelantan"? Apakah "Ranjau Sepanjang Jalan" itu dapat dikatakan "sastera Melayu Kedah".

Apabila golongan cendekiawan-sasterawan Melayu berfikir dengan menggunakan lanskap politik sempit, lanskap yang telah memecah-mecah sastera Melayu menjadi sastera-sastera kecil, maka kesannya ke atas cara-fikir bangsanya adalah negatif.

Orang politik mempunyai agenda mereka sendiri. Golongan cendekiawan-sasterawan Melayu, walau di lokasi geografis mana mereka bermastautin, harus mempunyai agenda yang lebih tinggi dan lebih besar, serta dapat mengalahkan pengaruh negatif agenda orang politik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siri 'Usahawan Cilik' Masih Diteruskan Previous entry: Novel-Novel Pak Latip Talib Laku Keras di Indonesia
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/12  at  03:14 AM

salam.
bagi saya sastera melayu singapura masih di takuk lama. masih bermain dengan tema kecil (lokal) bukan universal atau global. bagi saya isu kecil (lokal) masih relevan sekirannya penulis singapura bijak memasukkan ciri global. malangnya ini tidak berlaku. kita ketinggalan kira-kira 30 tahun pada tema dan gaya atau langgam penulisan berbanding dengan penulis malaysia. ini disebabkan penulis melayu singapura selesa, berada dalam zon selesa, tidak berani mencuba yang baru.
saya berani berkata demikian kerana saya telah menghasilkan lebih daripada 100 cerpen.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.