Sunday, November 01, 2009

Masuk Kampung Orang Asli

Semalam, Sabtu 31.10.09, saya masuk kampung Orang Asli (Kpg. Songkok, Hulu Yam, Selangor) dengan 20 orang pelajar Cina dan India dari Kolej HELP.

Projek kali ini adalah membersihkan kampung dan menghantar bantuan makanan.

Ini adalah tahun ke-3 saya menjalankan pelbagai aktiviti membantu survival penduduk kampung itu. 

Pelajar-pelajar ini adalah anggota 'Child Psychology Club' di kolej tersebut. Setiap tahun, ahli-ahli kelab itu datang membantu projek saya di kampung itu sekurang-kurangnya 3 kali dengan membawa pelbagai bahan makan dan kain baju terpakai.

Foto ini menunjukkan sebahagian pelajar itu duduk dalam trak Nissan Navara kami. Mereka adalah anak-anak dari keluarga berada. Inilah salah satu faktor mereka dapat mengumpulkan wang bagi membeli bahan-bahan makanan yang diberikan kepada penduduk kampung. Meskipun mereka penat, namun mereka gembira. 

Saya membawa 4 guni ubi kayu dari kebun saya sendiri untuk mereka. Orang Asli suka makan ubi kayu tetapi tidak dapat menanamnya sebab babi hutan banyak berkeliaran, ubi belum sebesar ibu jari sudah disodoknya!

Selepas ini projek akan datang adalah membekalkan 10 ekor anak ayam kampung kepada setiap keluarga. Mereka perlu membuat reban ayam daripada buluh dan kayu hutan yang ada di sekeliling rumah mereka.

Bersama-sama anak ayam itu kita akan bekalkan makanan ayam secukupnya sehingga anak -anak ayam itu besar dan pandai mencari makan sendiri. Makanan ayam mesti dibekalkan, sebab hendak membeli beras pun susah, apatah lagi hendak membeli makanan ayam.

Selepas itu, projek tahun depan adalah membekalkan benih limau nipis dan limau kasturi. Saya akan tolong ajar mereka jangan malu hendak menjualkan limau itu ke kedai-kedai makan di pekan Goh Thong Jaya di mana di situ banyak restoran Cina, dan juga di pekan Batang Kali.

NOTA: Dua jenis buah ini (limau) tidak dimakan oleh kera dan beruk yang banyak di hutan. Kalau buah rambutan dan manggis, memang tidak merasalah...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M yang Paling Ngetop Jualannya Saat Ini Previous entry: Chef Zul adalah Juga Seorang Novelis
xara  on  11/02  at  04:24 PM

Puan, monyet dan beruk di hutan tidak makan limau kasturi? Monyet liar di kawasan perumahan saya makan semua benda. Buah limau kasturi kami jarang sekali sempat membesar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: