Monday, May 26, 2008

Masukilah Pasaran Laut Biru Buku Terjemahan

PTS sudah meng-eksperimen sejauh mana pembeli buku tempatan sanggup membeli buku-buku terjemahan. Hasil eksperimen itu mendapati permintaan bagi buku-buku terjemahan adalah baik.

Justeru kita mengajak rakan-rakan penerbit lain supaya memasuki pasaran ini.

Memanglah menerbitkan karya terjemahan memerlukan perbelanjaan awal yang lebih besar dibandingkan dengan kos menerbitkan karya asal.

Ada 2 kos yang mesti dikeluarkan sebelum buku terjemahan dapat diterbitkan:

(1) Kos bayaran lesen hak menterjemah yang mesti dibayar kepada penerbit asal di luar negara.

(2) Kos yuran menterjemah yang mesti dibayar segera kepada penterjemah, yakni bagi penterjemah yang memilih bayaran kontan, bukan royalti.

Meskipun kos tambahan itu ada, tetapi kos itu berbaloi disebabkan kualiti isi kandungan buku terjemahan sudah terjamin, dan buku-buku terjemahan itu terjamin laku dalam pasaran.

Ini berbeza dengan risiko menerbitkan buku karya asal di mana ada risiko kualiti kandungannya tidak terjamin dan belum tentu laku dalam pasaran.

Buku terjemahan karya Adam Khoo ini, dijual pada harga RM39.90 di Semenanjung dan RM42.90 di Sabah dan Sarawak. PTS berjaya mendapatkan lesen bagi semua buku  yang sudah terbit hasil karya pengarang Singapura paling ngetop ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Terjemahan Previous entry: Tsunami Bisnes Training: Pokok Tumbang Sarang Kerengga pun Jatuh
MBA  on  05/26  at  10:57 AM

Salam Puan Sifu-san;

Bagaimana pula bagi penerbit lain yang ingin menterjemah buku-buku terbitan PTS?. Maksudnya apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh PTS?.

Saya merujuk kepada tawaran lisan oleh penerbit tempatan yang ingin menterjemah dan menerbitkan buku saya dalam bahasa Cina.

Sekian terima kasih & wassalam.

Fadzlina  on  02/07  at  12:11 AM

Salam,

Puan Ainon,

Saya amat berminat utk menterjemah buku ini, yg banyak membantu saya menyusukan anak2 saya sehingga 2 thn lebih, w/pun saya bekerja sepenuh masa.

“Nursing Your Baby” 4 th ed
By Karen Pryor, Gale Pryor

Bagaimanakan caranya? Adakah peluang utk menerbitkannya dgn penerbitan puan?

Terima kasih

Fadzlina.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.