Masya Allah!
![]()
Apakah PTS ISLAMIKA ini sengaja mahu mencari kemarahan para pejuang monogami?
Jika nanti ada menteri-menteri wanita, ataupun pemimpin pertubuhan wanita, yang marah-marah, tolong jawab, Chairman PTS mahu menyorok di belakang daun pintu!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah!!
Poligami antara cabang ibadat yang paling banyak difitnah di Malaysia.
Saya suka gambar kulit buku ini. Lawa.
wassalam
Assalamualaikum,
Saya akan suruh sahaja sesiapa yang marah-marah itu untuk menonton video youTube ini
http://www.youtube.com/watch?v=oG00Zw-FvkA
dan di sambung dengan video youTube yang ini pula
http://www.youtube.com/watch?v=8zhxdW04pGo
Wassalam
Saudara-saudara,
menonton beberapa dokumentari mengenai haiwan di TV, kerap terlihat haiwan liar seperti singa dan harimau yg hidup berkawanan.Dalam satu kawanan itu terdiri dari beberapa ekor si betina dan hanya seekor jantan yang gagah sahaja. Itulah cara hidup yg saya nampak dari amalan poligami oleh manusia di dunia ini.
seperkara lagi, bagi saya pengamal poligami adalah amalan pembesar-pembesar cina pada zaman feudal beribu tahun lalu.
akhirnya, dengan jumlah lelaki yg kini sudah melebihi wanita di negara ini, amalan poligami sudah jauh dari relevan.
Poligami? Sifu mahu menyorok di belakang pintu? Aduhai! Saya malas mahu komen lebih. Cumanya, yang halal, tetap halal! Betul tak Pultraman?
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Tahniah kepada Tuan Basri Ibrahim & syabas kepada PTS.
Semoga buku ini akan menolong meningkatkan jualan buku poligami terbitan PTS yang satu lagi itu…
Semoga berjaya tuan ‘web sutera’. haha
Dulu ustaz saya ajar Hukum nikah ada lima. Wajib, sunat, harus, makruh, haram. Bergantung pada situasi dan individu.
Masalahnya masyarakat m’sia mungkin pasal selalu meletak hukum ikut emosi. Ikut sedap rasa.
Orang nak pergi haji (tak kira kali ke berapa) pandai2lah berjimat dan bersedia. Tapi kenapa orang tak pernah kutuk orang yang naik haji kali kedua.
Pernah teman bercerita tentang ada wanita berkerjaya. Kaya. Belum berkeluarga. Ingin mencari suami sebagai pembimbing, juga buat mengelak maksiat. Dugaan bila berharta. Tapi, yang elok-elok banyak yang sudah berpunya. Yang belum berpunya pula kebanyakan terlalu muda. Jurang kematangan agak berbeza.
Saya pun ada kawan yang mengadu. Dia ingin berkahwin lagi. Tapi isteri tak beri.Padahal dia kaya. Kaya pada tahap ‘serius wa cakap lu dia kaya’.
Saya selalu bergurau dengan teman, ‘lu amik minah indon buatpe. Baik lu kawin lagi satu jer. Sama jer banyak belanje. Lu bole happy lagi pulak tu dengan dia’. Isteri dia marah dengan saya. Entah kenapa?
Tapi tidak dinafikan ada teman yang nakal berpoligami kemudian buat kepala gila.
Moral cerita… er ikut kata Nabil ajelah.
Tapi kulit buku tu lawa belaka. Jaki pula rasa dengan si jejaka yang berdiri di tengah tu.
Salam UNIKA,
MasyaAllah, tidakkah suami Pn Faraliza terasa di hati tika isterinya diganding bersama tiga wanita lain dalam kawanan madu?
Atau adakah gambar jejaka yang dijaki itu sebenarnya suami beliau dan kini tersengih seorang diri di PTS kerana lebih ramai yang memandang kulit buku itu, semakin banyaklah doa ke arah mencapai falahnya itu?
Sekadar bertanya dan diiringi wakakakakakakaka. Sekian, terima kasih.
Salam persilatan,
Kalau buku ini ada bahagian 2 saya hendak memohon jadi model ‘cover’ nya..
hahaha :D
kenapa lelaki itu pula yang mengandung? kekekekekeke
Kalau buku ini ada bahagian ke-2, mungkin boleh dikarang oleh penulis wanita pula.
Salam UNIKA,
ICe - Saya dah buking dulu!
fuyooo - Bukan mengandunglah, tetapi hari ini makan di rumah Isteri Along, esok makan di Isteri Angah, kemudian makan di rumah Isteri Achik, kemudian makan di rumah Isteri Ucu. Lepas itu, ulanglah kembali.
Salam persilatan,
Salam,
Kakak-kakak, tak ada yang nak komen ke? Alah, diorang orang lelaki ni cakap je berdegang-degung…hahaha
Tapi ada ustaz pernah beritahu saya kisah sewaktu Saidina Ali menyuarakan hasrat nak kahwin lagi, Rasulullah tidak setuju kerana dikhuatiri membuat anaknya, Saidatina Fatimah berkecil hati..betul ke?
Ada akak yang boleh komen?
Ehem, ehem. Model-model pada kulit buku itu menyokong poligamikah? Hihihi. ;P
Pultraman, saya pun suka gambar kulit buku ini. Memang lawa. Err, selain Puan Faraliza, yang lain dah berpunya belum? Hahaha.
“akhirnya, dengan jumlah lelaki yg kini sudah melebihi wanita di negara ini, amalan poligami sudah jauh dari relevan.”
Sang Pahlawan
Sang Pahlawan, setahu saya amalan poligami tidak terhad untuk pasangan dari satu negara sahaja. Nabi juga berkahwin dengan wanita dari negara lain.
Cuma pada pendapat saya yang kerdil ini yang perlu dikaji ialah tujuan Nabi berpoligami. Ramai yang berkata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi. Namun, adakah mereka mengikut sunnah dari segi tujuan Nabi berpoligami? Lebih dari itu, adakah mereka mengikut sunnah dari segi bagaimana Nabi menjaga hubungan dengan dan di antara isteri-isterinya?
Setahu saya, antara tujuan Nabi berpoligami ialah untuk memuliakan wanita tersebut, memuliakan sahabat-sahabatnya dan membela wanita yang kematian suami. Adakah lelaki-lelaki yang berpoligami pada hari ini mempunyai tujuan yang sama dengan Nabi? Atau sekadar menurut nafsu semata-mata?
Maaf, saya sedar ilmu saya amat sedikit. Mungkin juga Islam membenarkan poligami untuk tujuan selain yang ditunjukkan oleh Nabi. Saya harap buku ini dan buku-buku poligami yang akan datang menjawab persoalan ini.
Tuan Arif,
Di manakah salahnya berpoligami bagi memenuhi keperluan nafsu?
Bukankah memenuhi nafsu dengan cara berkahwin memang dibenarkan?
Hmm… Ampun! Jangan marah Chairman sebab saya terpaksalah membela PTS ISLAMIKA yang menerbitkan buku bagus ini.
Puan Ainon.
Benar kata puan. Saya tidak marah malah saya juga tidak menentang poligami. Saya juga menyokong penerbitan buku-buku berkualiti seperti ini. Tambahan pula topik poligami sering disalahtafsirkan dan hujah-hujah yang diberikan hanya mengikut emosi semata-mata. Maka kehadiran buku-buku yang berlandaskan agama seperti ini amat dialu-alukan.
Saya tidak mengatakan berpoligami bagi memenuhi keperluan nafsu itu salah. Cuma maksud saya di atas ditujukan kepada orang yang berpoligami sekadar menurut nafsu semata-mata tanpa berlandaskan agama. Contohnya, orang yang tidak berlaku adil dari segi nafkah kepada keluarganya dan dari segi giliran isteri-isterinya.
Sekiranya orang ini hanya mengikut nafsu semata-mata maka sudah tentu dia asyik di rumah isteri mudanya. Sudah tentu dia lebih bernafsu kepada isteri mudanya berbanding isteri tuanya yang telah kerepot. Mungkin hal inilah yang ditakuti oleh isteri-isteri yang bakal dimadu. Bimbang suami mereka akan lupakan mereka.
Maka, saya berharap kehadiran buku-buku seperti ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada lelaki-lelaki yang ingin berpoligami, merungkai keresahan di hati isteri, dan menjawab persoalan pembaca yang cetek ilmu seperti saya.
Jangan maraaah ya, puan…
Satu Tip Pemadu Brutal:
Seorang pemadu itu mestilah pandai “buat-buat bodoh” di hadapan isterinya. Tetapi di saat lain dia mestilah berhati hati dengan mainan emosi wanita. Asasnya, kuasai emosi, anda pasti berjaya..bukan hanya di dalam bermadu malah di dalam politik, kewangan atau peperangan. Musuh utama adalah emosi. Biar isteri ( atau isteri isteri) saja yang berlingkar dan bermewah mewahan dengan emosi.
Post a comment