Mat Som, Kampung Boy dan Mambo di Kuale
Kemunculan novel grafik "Mambo di Kuale" (2006) oleh Sdr. Nur Azmi terbitan Ameen Serve, layak diberi sorotan kerana MDK adalah novel grafik kedua selepas novel grafik pertama dalam bahasa Melayu, “Mat Som” oleh Lat (1989) terbitan Kampung Boy Sdn. Bhd., yakni 15 tahun lalu.
Di Austria, 60% buku yang terjual adalah dalam bentuk komik. Di Jepun, jumlah itu hampir 70%.
Menurut suatu laporan kajian yang pernah dijalankan di Indonesia, pembaca komik di sana adalah majoriti lelaki antara 10 hingga 36 tahun.
Dengan andaian keadaan di Malaysia mungkin tidak banyak berbeza daripada Indonesia, maka tidak hairanlah “Aku Budak Minang” dapat dijual sekitar 200 ribu naskhah hardcover.
Gosip terbaru yang kita dengar, baru-baru ini sebuah pengedar buku memesan 8000 naskhah ulangcetak “Lat - the Kampung Boy” terbitan Berita Publishing, hanya bagi membekalkan kedai buku di KLIA, yakni untuk pasaran pelancong yang akan pulang ke negara masing-masing.
Langkah Ameen menceburi sektor novel grafik membuka harapan kemungkinan ada penerbit Melayu yang dapat membangunkan sektor yang besar potensinya ini. Keupayaan membuka sektor ini menghendaki Ameen secara konsisten, setiap bulan, menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah novel grafik, 12 buku setahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pun begitu,bila diperhati sempena pesta buku..ada pengunjung yang tidak dapat membezakan antara komik dan novel grafik.Kenapa? Mungkinkah kerana 15 tahun lamanya baru muncul novel grafik kedua? Moga lebih ramai penerbit mengikut jejak langkah Ameen Serve.
Amiiiiinnn..
——-
“Kemunculan novel grafik “Mambo di Kuale” (2006) oleh Sdr. Nur Azmi terbitan Ameen Serve, layak diberi sorotan kerana MDK adalah novel grafik kedua selepas novel grafik pertama dalam bahasa Melayu, “Mat Som” oleh Lat (1989) terbitan Kampung Boy Sdn. Bhd., yakni 15 tahun lalu.”
puan ainon, you sure or not?
TOWN BOY bukan novel grafik? AKU BUDAK MINANG?
Rasanya ada beberapa novel grafik tempatan lain lagi sebelum MDK cuma selama ini orang tak beri perhatian. Maklumlah, tak diglamorkan macam karya Alan Moore, Marjane Satrapi atau Joe Sacco.
Agaknya, saya pun tak reti….
Saya berpendapat media turut dan seharusnya memberikan ruang kepada pengkarya dan pekomik tempatan. Kita sudah lama ketandusan novel-novel grafik yang menarik sejak 15 tahun dahulu. Mambo diKuale suatu pendekatan yang menarik, kita juga mempunyai pekartun, pelukis dan penulis yang berbakat besar iaitu Saari Sulong, AIE. Dalam tempoh 2 bulan sudah 3 buah bukunya diterbitkan semula hasil dari kompilasinya. Tahniah kepada penerbit Al Ameen Serve Holdings. Juga PTS One melalui rancangannya menghasilkan Komik Malaysia turut menerbitkan semula Kartini Kembali (Tembakau) dan Lukisan Hati (Ashaari).
Saya agak musykil jugak dengan dakwaan puan ainon..apa yg di maksudkan dnegan novel grafik? Apakah size buku tersebut berbentuk novel? (rasa2nya kampung boy karya lat bukan size novel)..jika bukan size mungkin bentuk penceritaan yang tidak menggunakan sistem petak yang banyak seperti komik biasa dan mempunyai bentuk penulisan yang panjang? jika demikian bukankah selepas kampung boy ada banyak lagi karya berbentuk demikian hasil lukisan dato lat.. bagaimana dengan AKU BUDAK MINANG? ACA? ....Saya rasa Puan Ainon perlu menjelaskan kriteria2 novel grafik grafik ini dengan lebih terperinci dan dakwaan tiada novel grafik terbit di malaysia 15 tahun selepas kampung boy hanyalah andaian tanpa kajian terperinci.
RESPONS PUAN AINON: Novel grafik adalah ‘novel’ yang disampaikan menggunakan lukisan, bukan menggunakan teks sebagaimana dalam novel konvensional. Ada plot utama dan ada subplot-subplotnya.
Saya bersetuju dengan pendapat LINUXS Kerana saya pernah membaca Town Boy karya Dato’ Lat, Aku Budak Minang karya kartunis Ujang serta ACA - juga karya kartunis Ujang terbitan Creative Enterprise (disampaikan melalui lukisan juga - kalau tidak silap juga memiliki plot utama dan subplot-subplotnya - jika bukan… apa pula kategorinya bagi 2 buah karya kartunis Ujang tersebut serta buku Town Boy?
Confuse juga.
Post a comment