Melariskan Buku Kurang Laris: Nota untuk MBA-san
Nota komen Tuan MBA-san berkenaan isu 'melariskan buku yang tidak laris' menyebabkan saya kasihan kepada beliau dan geli hati pun ada! (Hmm... barulah beliau tahu betapa susahnya menjual buku ilmu! Hehehe....)
Tuan MBA-san, saya ada 2 cerita bagaimana penulis dapat menjual bukunya pada angka yang luar biasa banyaknya.
(i) Penulis pertama adalah Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim.
Sewaktu buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman baru hendak siap dicetak, beliau menghubungi kenalan lama beliau, seorang kawan sekolah yang kini sudah menjadi jutawan besar, dan seorang yang baik hati, serta mempunyai cerita sendiri yang luar biasa tentang pengamalan beliau naik haji.
Entah apalah agaknya skrip Prof. Kamil kepada jutawan itu, maka beliau menempah 1,000 naskhah!
Elok kita semua belajar daripada Prof. Kamil bagaimana memilih skrip 'sales-talk' yang ada unsur deal-clincher.
Sebagai balasan, jutawan itu diundang melancarkan buku tersebut, lalu beliau pun berucap di hadapan hadirin yang penuh sesak di dalam dewan di UITM kampus Shah Alam.
Hingga hari ini, buku Travelog Haji itu sudah dicetak 6 kali! Rasa-rasanya jualan buku itu akan naik dengan menggebu-gebu sehari dua lagi, sebab simptom demam-demam musim naik haji sudah mula terasa sedikit-sedikit.
Sifu akan tulis dalam entri lain kes kelarisan buku kesayangan PTS ISLAMIKA ini.
(ii) Penulis kedua adalah Dato' Dr. Rosli pensyarah sastera di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau berasal dari Kuala Pilah dan amat pekat dengan budaya Minangnya. Beliau seorang pakar puisi Melayu tradisi yang nombor wahid. Nama beliau amat terkenal di kalangan peminat puisi Melayu tradisi tetapi buku-buku beliau tidak terkenal.
Beliau mempunyai 6 buah judul (ataupun 7, saya kurang ingat dengan tepat jumlah itu) yang diterbitkan oleh sebuah penerbit (walaupun saya tanya, tetapi beliau enggan memberi tahu saya nama penerbit itu).
Pada tahun 2007, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) membeli terus daripada beliau semua buku-bukunya. Ini betul-betul kes durian runtuh!
Dato' Dr. Rosli enggan menerangkan kepada saya apa faktor yang membolehkan beliau mendapat durian runtuh itu. Tetapi saya fikir, sebagai orang Kuala Pilah yang terkenal di kalangan istana Negeri Sembilan, beliau tentu kenal baik dengan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, menteri KeKKWA waktu itu.
Moral dalam cerita Dato Dr. Rosli itu adalah: Promosi buku kita (yang kurang laris itu) kepada menteri yang dapat membantu buku kita dipilih untuk projek pembelian kerajaan. Hehehe....
Di bawah ini foto saya sedang mempromosi idea saya kepada Prof. Kamil. Foto dengan ikhsan blog beliau.
Promosi, jangan tak promosi!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu-san;
Alhamdulillah. Glamor pula rasanya saya apabila komen saya dikomen pula oleh Sifu.
Saya juga ada beberapa cerita di belakang tabir yang belum tiba masanya untuk dikongsi:-
1. Seorang kawan saya berbangsa Cina (dia junior saya semasa di Universiti). Sudah 20 tahun dia bermastautin di luar negara. Beliau pulang ke Malaysia setelah tsunami politik berlaku dan kerana rakan sekelas dia (ya, junior saya juga) sudah menjadi YBM. Dia menawarkan untuk membeli 1000 buah buku saya. Saya tidak menggalakkkan dia berbuat begitu kerana saya khuatir hanya 1,000 itu sahaja yang akan laku dan ia bukan angka sebenar mengenai prestasi buku saya. Dalam diam-diam dia tetap mempromosi buku saya juga. Seperkara lagi saya takut ada udang di air keruh.
2. Seorang lagi rakan ingin berikan RM20k untuk beli buku tersebut (sekitar 1,000 buah juga). Saya tidak kata apa-apa kerana nampak macam memang ada udang di air jernih
3. Kawan-kawan yang lain, ada yang beli sedozen buku memberi tahu saya bahawa di kedai yang dia pergi (saya lupa tanya kedai mana), buku saya sudah habis. Mungkin agaknya kedai tersebut hanya pesan 2 buah sahaja buku itu agaknya.
4. Saya diberitahu oleh staf PTS bahawa pegawai yang menjaga stor tidak jumpa buku saya dalam stor PTS. Alamak!... susah hati ni… Patutlah tidak ada di kedai, rupa-rupanya hilang dalam simpanan dalam stor.
5. Di MPH Putrajaya, memang tidak nampak buku saya. Sudah beberapa orang kawan pergi ingin membeli, memang tidak terjumpa buku tersebut. Saya juga tidak menemuinya. Saya tidak pula bertanya kepada petugas ataupun pura-pura ingin menempah buku tersebut. Patutlah….. ia tidak ada dalam senarai jualan tertinggi
* Sebenarnya buku yang saya beli sendiri tinggal beberapa biji sahaja lagi, rasanya ingin tempah 100 buah lagi.
Wassalam.
.................
NOTA SIFU: Tuan MBA-san, saya sudah emelkan surat Tuan ini kepada Tim Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS supaya mereka siasat mengapa buku Tuan tidak dijumpai oleh staf warehouse. Ini fenomena yang pelik juga, sebab sistem simpanan stok di warehouse PTS boleh tahan sistematiknya. Jangan-jangan sudah habis! Bagaimanapun mereka akan siasat duduk perkara.
Kedai saya ada menerima buku ini minggu lepas. Jadi buku ini tidak ‘hilang’ di warehouse PTS.
Saifuddin Awang.
Prima MS Ent. / Pustaka Munirah
Kemaman.
Assalamu’alaikum!
Puan, saya dah beli buku Prof Dr Ahmad Kamil. Seronok baca. TAHNIAH Prof!
Puan, saya tengah berangan ingin jejak langkah Hj. Prof Dr Ahmad Kamil dan tulis Travelog Paris :D.
Teringat saya ke kota Paris seorang diri dan banyak kejadian yang menarik boleh dikongsi. Kisah-kisah menarik berlaku dalam 3-4 hari sahaja. Saya tidak pasti logik ke tidak untuk dijadikan satu buku!
Post a comment