Wednesday, July 18, 2007

Memasarkan Sastera Serius

Apabila PTS LITERA UTAMA meluncurkan novel berat "Laskar Pelangi" oleh Andrea Hirata ke dalam pasaran terbuka pada wal 2007, dalam tempoh tidak sampai 4 bulan, cetakan pertama sebanyak 2 ribu naskhah bersih terjual.

Novel-novel jibunsyi PTS dalam siri Diari Sebuah Kehidupan juga diterima baik oleh peminat. Judul-judul jibunsyi terawal yang diterbitkan oleh PTS FORTUNA semuanya sudah habis terjual dan kini sedang diulangcetak.

Terakhir, 4 buah novel dalam siri Pahlawan Islam sedang laku keras di Malaysia dan sudah dilesen oleh Jakarta. Laporan dari jabatan pemasaran PTS menunjukkan siri ini amat disukai oleh guru-guru pusat sumber dan pustakawan.

Data jualan novel-novel serius PTS menunjukkan tempurung pasaran novel serius dapat dibelah dengan menggunakan strategi berkesan.

Jadi, jangan percaya lagi dengan kata-kata orang-orang besar DBP yang mengatakan kononnya sastera serius tidak laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kempen Membaca, Kempen Menulis Previous entry: Cobaan Kejayaan
fudzail  on  07/18  at  01:08 PM

Salam Puan SifuPTS

Semangat membaca entri ini, harap tidak ‘melayu’ semangat memandaikan bangsa.

Kalau saya tidak kepenatan (jet lag), akan terus ke bengkel pada 4 (mendarat subuh di KLIA) dan pada 5 Ogos ini , inshaAllah. 5 Ogos mahukan khatankan anak bongsu, mungkin buat hari esoknya.

Kalau berdiri kat luar pun kira ok asalkan jangan hujan. (Kalau panas, di sini lagi panas, malam pun mencecah 40!)

Sekian, terimakasih.

terimakasih (SALAH) = terima kasih (BETUL)
——-

MBA  on  07/18  at  05:09 PM

Sdr Fudzail;

Saya juga berhasrat ingin mengikuti kursus pada 4 & 5 haribulan. Sebab utamanya ialah ingin bersua dengan tuan Fudzail. Staf saya baru 1 minggu bertolak ke Dubai bercuti tanpa gaji selama 3 tahun kerana mengikuti suami yang bekerja dengan syarikat penerbangan di sana.

Namun saya telah diberikan tiket penerbangan supaya hadir mesyuarat di luar kawasan dari 2 hingga 6 Ogos.

mp  on  07/18  at  08:06 PM

Mungkin di suatu masa nanti saya ingin hadir.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/19  at  01:10 AM

Pn Sifu yang dihormati,

Kita sepatutnya sudah boleh melupakan kelompok orang pesimis dalam bisnes buku seperti DBP kerana mereka tetap mendapat kenaikan gaji sehingga 35 peratus tahun ini meskipun tidak berbuat apa-apa untuk menebarkan buku mereka sendiri.

Selepas bahagian penerbitan DBP diswastakan kepada Dawama pengedaran buku mereka tetap malap dengan jumlah buku terkumpul terus bertambah yang nyata bertentangan dengan hasrat penswastaaan itu.

Bagi saya sekiranya kita mengenali siapa Dawama tidaklah terlalu susah hendak memahami faktor kegagalan pemasaran buku DBP itu.

Mungkin ada yang tidak tahu Dawama diasaskan juga oleh Konsortium Dewan Edar yang ahlinya adalah gabungan pengedar asal DBP.

Harap tidak keterlaluan jika saya katakan hampir kesemua pengedar DBP `sudah terlalu boroi` dengan wang buku teks hasil komisyen menghantar buku teks saban tahun.

Cuba bayangkan hampir kesemua pengedar mendapat tender menghantar buku teks ke seluruh sekolah di negeri masing-masing bernilai sekitar RM1.5 juta dengan komisyen hantaran kira-kira 12 peratus.

Dengan komisyen sebanyak RM300,000 untuk waktu kerja kira-kira tiga bulan sahaja (Nov - Jan) dalam setahun, apa perlunya pengedar berkenaan bersusah-payah ke sekolah lagi?

Nah… mereka yang dalam zon selesa itulah yang masih menjadi pengedar buku DBP dengan nama Dawama pula kini.

Memandangkan DBP tidak pernah berkeupayaan untuk memasarkan buku Malaysia, diharap penulis-penulis PTS boleh mengambil tanggung jawab itu dengan menghasilkan buku bermutu sehingga boleh dibaca oleh penduduk Jakarta, Surabaya hatta ke Sulawesi.

tanggung jawab (SALAH) = tannggungjawab (BETUL)

embun  on  07/20  at  10:55 AM

Encik Adnan,
Yang diswastakan ialah Bahagian Perniagaan DBP dan bukannya Bahagian Penerbitan DBP.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: