Wednesday, December 08, 2010

Membaca Minda Penerbit Melayu Paling Gergasi

Jurnal ADOI adalah sebuah jurnal industri, maksudnya ia bukan majalah untuk bacaan orang awam.

ADOI adalah majalah tentang dunia bisnes periklanan. Jurnal ini ditargetkan kepada, dan dibaca oleh, pengurus-pengurus syarikat yang membeli ruang iklan.

Bahan-bahan yang diterbitkan dalam jurnal ADOI memberikan maklumat yang relevan kepada pemimpin dalam industri supaya mereka dapat membelanjakan bajet iklan mereka dengan lebih efektif.

Dalam keluaran terbarunya, ADOI memberikan fokus kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Dato' Hussammuddin Yaacob, suatu hal yang jarang sekali berlaku, di mana seorang usahawan Melayu dijadikan penghias kulit hadapan sebuah jurnal industri.

ADOI menggunakan label 'mogul' (maharaja) kepada Dato' Hussammuddin, yang juga adalah usahawan Melayu yang mempunyai kuasa pengaruh politik paling besar sekarang disebabkan beliau memliki akhbar Sinar Harian yang dibaca oleh grassroot polittik Melayu. Demikian besarnya pengaruh politik beliau sehinggakan Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah turun membuat kunjungan ke pejabat beliau.

Dalam interviunya kepada waratawan ADOI, Dato' Hussamuddin mengatakan bahawa pasaran Melayu adalah seekor gergasi yang sedang tidur....

Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Kumpulan Karangkraf mengamalkan dasar bebas rasuah dan neutral politik.

Nota: Pengurusan PTS melanggan jurnal ADOI kerana PTS membeli ruang iklan dalam media cetak dan media digital bagi mempromosi produk-produknya.

.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Hutang Agen dan Kedai Buku kepada PTS Meningkat lebih RM11 Juta

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.