Monday, February 06, 2006

Membaca Shout-box Blog Pekomik Melayu

Membaca shout-box dan chat-box dalam blog-blog para pelukis komik banyak gunanya apabila kita mahu memahami apa isu-isu yang menjadi fokus proses berkarya di kalangan kaum seniman ini.


Perbualan dalam shout-box mereka menunjukkan beberapa ciri menarik:


1. Pengunjung shout-box menggunakan bahasa slanga golongan pekomik. Ini menunjukkan feedback yang diterima oleh para blogger pekomik adalah amat terbatas sumbernya iaitu mereka memberi dan menerima feedback sama sendiri. Bahasa slanga adalah bahasa groupisme kumpulan kecil dan bukti ciri psikologi pra-matang.


2. Jenis-jenis feedback yang diberikan dalam shout-box itu tidak mengandungi maklumat yang berguna kepada pekomik bagi tujuan mengetahui secara teknikal kekuatan dan kelemahan karya-karya yang dihasilkannya.


3. Jenis penilaian yang dikakukan oleh pengunjung bersifat memuji-muji karya blogger berkenaan, bukan penilaian kritikal ataupun penilaian informatif.


4. Puji-pujian yang diberikan itu tidak disertai dengan maklumat teknikal bagi menerangkan apa dan di mana kelebihan karya si blogger. Puji-pujian itu bertujuan untuk membuat si blogger berasa seronok.


5. Pujian tertinggi diberikan apabila keelokkan lukisan si blogger dianggap oleh si pengunjung sebagai setaraf ataupun dapat menyaingi lukisan tokoh pelukis komik lain.


Bagi menghasilkan karya komik yang bersifat evergreen dan bertaraf harta intelek, yang dapat diulangcetak tahun demi tahun, bertahun-tahun, yang dapat menjadi sumber kehidupan selesa, justeru para pekomik kita memerlukan penilaian teknikal yang informatif.


Mesti ada segolongan peminat seni komik Malaysia yang memainkan peranan sebagai pengkritik teknikal bagi membantu para pekomik kita memajukan prestasi karya mereka.


Kita mengharapkan tokoh-tokoh cendekiawan seperti Sdr. Kalamtimur dan Sdr. Abdullahjones memainkan peranan mulia ini.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dilema Seorang Novelis Perempuan Previous entry: Pekomik: Ibarat Permata, Tiada Berpengikat dan Tiada Berjari
zalisa  on  02/07  at  07:52 AM

bagaimana hendak komen tentang karya org lain di blog mereka, puan. kalau komen yang menyakitkan perasaaan tidak dapat diterima dgn hati terbuka. lantas puji ajelahhhh…
——-

Izam  on  02/07  at  08:12 AM

erm… komen yg boleh bagi karyawan meningkatkan mutu karya, sepatutnya diterima dgn hati yg terbuka. walaupun pedas. tapi kalau komen yg berbentuk cacian, buat tak tau dah le… kalau boleh padam, padam cepat2… kalau tidak, nanti mata dok terpandang ayat tak best tu kat shout-box… tensen ooooooo…

abdullahjones  on  02/07  at  10:05 AM

abdullahjones yang cendekiawan itu bukan saya, hanya nama kami KEBETULAN serupa.

siapa kalamtimur? ada link ke blog atau lamannya?

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan  on  02/07  at  11:40 PM

saya pun rasa blushing juga disebut CENDEKIAWAN. ramai lagi yang layak sebetulnya. Sdr Abduulahjones, blog sdr kerap juga saya kunjungi, sekali memberi komen di sana.

JiwaRasa  on  02/08  at  02:47 AM

Puan Ainon,

satu komen yang jujur dan ikhlas mengenai komen di blog!

Penulis di blog ramai yang sensitif sifat nya. Ramai yang perajuk. Merajuk atau melenting bila ada komen yang menyakitkan hati walaupun mungkin konstruktif.

Sudah banyak blog yang bagus tetapi terkubur dek komen-komen sebegitu..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  01:28 AM

Pada suatu ketika Puan Ainon menyebut`kegagalan mengawal emosi membuatkan seniman berbakat besar gagal menghasilkan karya yang besar`..maka anggap sajalah mereka yang menulis di shout box itu sebagai mereka yang gagal mengawal emosi`.

RESPONS PUAN AINON: Mohon saudara nyatakan sumber entri (tarikh dan URL) dari mana saudara meng-copy ayat yang saudara katakan ayat saya, supaya saya dapat baca sendiri apakah benar saya pernah menuliskan ayat-ayat sebegitu. Saya yakin kata-kata yang saudara tuliskan itu bukan kata-kata yang saya tulis verbatim. Saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama saudara itu.

Nurman  on  04/15  at  04:58 PM

@Zalisa

Pelukis di sini. Kalau nak komen tentang hasil kerja, silakan. Kritikan konstruktif selalu dialu-alukan. Saya sendiri tidak pernah marah pengkritik jika mereka betul-betul komen tentang hasil kerja.

Saya sendiri tidak ada shoutbox, saya melihatnya hanya sebagai tempat sms cepat sahaja. Sila komen di dalam kotak komen blog.

software kartu pelajar  on  06/22  at  09:53 AM

hmmm baru tahu sekarang caranya seperti itu ya,,, terima kasih ya

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.