Khutbah Jumaat PTS: Membangunkan Bakat-Bakat Sasterawan-Agamawan
Berdakwah menggunakan cerita-cerita adalah metodologi yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dalam rekod-rekod hadis Nabi Muhammad (bacalah salam dan salawat buat beliau, anggota keluarga beliau, dan sahabat-sabahat beliau). Al-Quran itu penuh dengan cerita-cerita, manakala Nabi Muhammad juga menyampaikan cerita-cerita.
Justeru, aktiviti serta kemahiran menghasilkan cerita dalam bentuk novel dan cerpen perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar jurusan agama. Sekolah-sekolah agama perlu menggalakkan para pelajar menubuhkan persatuan sastera.
Kejayaan novelis Habiburrahman El-Shirazy menghasilkan karya-karyanya yang mendapat sambutan luar biasa adalah contoh peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh sasterawan daripada golongan agamawan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam melalui novel.
Novel beliau yang paling laku adalah Ayat-Ayat Cinta, yang telah difilemkan dengan judul serupa, di mana filem itu juga menerima sambutan panas sehingga bukan hanya panggung menjadi sesak oleh gadis-gadis remaja dan surirumah, malah filem itu turut ditonton oleh Presiden Indonesia, yang juga telah menyebabkan beliau menitiskan airmata.
El-Shirazi adalah seorang ustaz lulusan dari Universiti al-Azhar, universiti tertua dan paling berprestij dalam dunia Islam. Beliau adalah ilmuan agama yang paling berjaya dalam dunia sastera Melayu Indonesia-Malaysia, apabila diukur daripada jumlah pembaca karya-karyanya. Demikian besarnya jumlah royaltinya sehingga beliau mampu membuka sebuah pesantren di kampung halamannya di Demak, Pulau Jawa, khusus bagi melahirkan usahawan-usahawan Islami.
Di Indonesia, banyak penulis yang menghasilkan novel-novel Islami. Namun, El-Shirazi berbeza daripada mereka dari sudut latar belakang aliran pendidikan.
Tidak seperti El-Sharizi yang fasih bahasa Arab serta memiliki ilmu mendalam tentang al-Quran dan hadith, majoriti penulis Islami lain adalah lulusan Universiti Indonesia, Universiti Gadjah Mada, Universiti Padjajaran, dan Institut Teknologi Bandung, yang berpendidikan sekular, tetapi kemudian banyak membaca kitab-kitab agama terjemahan dalam bahasa Indonesia, lalu menjadi Islami hasil ikutserta dalam gerakan tarbiyah.
Nota: Foto hiasan disalin dari blog Tuan Syafiq Zulakifli.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu,
Izinkan saya mengambil entri ini untuk blog saya. Mungkin malam nanti saya akan kemas kini.
Komentar Sifu ini amat menarik dan amat perlu diberi perhatian.
Puan,
Secara peribadi, seni kreatif di Indonesia baik dari filem, sinetron, novel, lagu dan sebagainya jauh meninggalkan kita.
Mereka berkarya dalam Bahasa Indonesia, mungkin disebabkan sistem pelajaran mereka menggunakan Bahasa Indonesia sepenuhnya menjadikan idea dan pemikiran mereka nampak begitu asli dan original asal Indonesia.
Karyawan kita masih terkongkong dengan pemikiran Inggeris/Amerika. Hendak buat filem/lagu/buku diterima diperingkat antarabangsa perlu menggunakan Bahasa Inggeris. Idea yang terhasil masih berbau Inggeris /Amerika sebab jadi ianya tidak asli dan original.
Kebiasaannya warga kita memandang rendah pada warga Indonesia. Mungkin disebabkan kehadiran mereka di sini banyak yang berstatus babu dan buruh murahan.
Warga kita lupa, golongan pertengahan di sana bersamaan dengan jumlah rakyat negara kita dan jumlah ini bertambah dari masa ke semasa. Indonesia bakal menjadi “raksaksa” ekonomi di ASEAN dalam masa terdekat.
Kebetulan saya memiliki sahabat-sahabat di Jakarta dari golongan ini. Satu saya perhatikan, mereka tidak fanatik dengan bahasa asing. Ramai di antara mereka fasih berbahasa Perancis dan German tetapi mereka amat bangga dengan Bahasa Indonesia.
Satu lagi puan, tidak dinafikan mereka banyak menerbitkan novel-novel Islami tetapi ada di antara novel yang diterbitkan membawa fahaman liberal seperti novel Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur karya Muhyiddin M Dahlan. Beliau adalah seorang pelajar dari aliran agama.
Post a comment