Monday, May 28, 2007

Membangunkan Pasaran Fiksyen Melayu

Di mana-mana negara sekalipun, dalam bahasa apa sekalipun, pasaran fiksyen adalah yang paling besar. Tetapi hal ini tidak berlaku dalam pasaran buku Melayu di Malaysia, di mana sektor terbesar adalah buku agama. Situasi di Malaysia ini adalah tidak normal.

Apa yang berlaku di negara kita adalah berpunca daripada pasaran fiksyen Melayu yang belum cukup dibangunkan, ataupun lebih tepat lagi gagal dibangunkan.

Pada masa ini fiksyen Melayu cuma ada dua kategori:

(a) Novel-novel popular alias novel cinta yang didominasi oleh Alaf21 dan Creative Enterprise, dan

(b) Novel-novel sastera @ novel terbitan DBP, yang sampai saat ini masih gagal dibangunkan oleh DBP.

Dalam kategori fiksyen terdapat banyak sub-genre yang masih belum dibangunkan.

PTS sedang membangunkan pasaran fiksyen remaja, dan nampaknya ada tanda-tanda kita sudah mula berjaya membuka pasaran ini. Dengan kemasukan penerbit lain ke dalam sektor ini, maka diramalkan ia akan terus berkembang dengan pesatnya.

Dalam sektor fiksyen remaja, isu yang sedang kita hadapi sekarang adalah kekurangan sub-genre dan pilihan judul. Yang paling jelas adalah kekurangan sub-genre dan judul yang diminati remaja lelaki seperti fiksyen sai-fai.

Jadi kita berdepan dengan keadaan di mana peminat fiksyen Melayu mahukan buku, tetapi buku yang dimahukan tidak ada.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Blog Budak-Budak 'Sewel' Previous entry: Monolog Sebelum Subuh Isnin
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/28  at  11:56 PM

Puan Ainon,

Genre sai fai melayu memang kurang sekali di pasaran berbanding genre novel cinta remaja, yang berlambakan sampai tidak muat rak kedai.

Saya berharap pihak Puan dapat juga pertimbangkan pasaran novel untuk golongan dewasa.

Apa yang tuan katakan itu memang betul. Tentang novel dewasa, PTS sedang bekerja kuat! Sudah ada yang diterbitkan oleh PTS FORTUNA dan PTS LITERA UTAMA.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.