Membeli Mbook PTS-METADOME: Jangan Khuatir Apabila Teks Lambat Muncul di Skrin
Semua Mbook PTS-METADOME berharga RM5 ringgit.
Sifu sudah cuba membeli sendiri Mbook PTS-METADOME yang bertajuk "Salahudin Penakluk Jerusalem" bagi menge-test kelancaran proses pembeliannya. Novel ini adalah antara Mbook yang paling tebal.
Bagi membeli Mbook, saudara perlu meng-activate GPRS pada HP saudara terlebih dahulu.
Proses Mbook itu di-download-kan dari komputer METADOME ke dalam HP saudara amatlah cepat, sebab fail itu kecil kerana ia di-kompres.
Yang lambat adalah proses HP saudara hendak meng-dekompres fail novel itu dan menampilkannya dalam bentuk teks pada skrin HP saudara.
Disebabkan novel "Salahudin Penakluk Jerusalem" ini tebal, maka proses dekompres ini mengambil masa hampir 1 jam pada HP saya. Jangan risau, proses dekompres ini berlaku di dalam HP kita sahaja, jadi ia tidak kena-mengena dengan talian telefon.
Sementara proses dekompres ini berlaku, saudara boleh buat semua fungsi HP biasa seperti membuat call, menerima call, menulis SMS dan lain-lain.
Jika proses dekompres masih belum siap, tetapi bateri sudah 'low', proses dekompress itu akan diteruskan apabila saudara recaj bateri.
Nota: Daripada 100 Mbook, hanya ada 4 buah novel yang tebal, oleh itu proses dekompresnya lambat. Pihak METADOME akan mengkaji isu 'lambat' ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Saya pun sudah mencuba khidmat mbook ini. Dan apa yang saya alami amat berbeza. Setelah masuk ke dalam senarai mbook, saya telah tekan OK untuk membeli sebuah buku. Ya, prosesnya lambat. Tetapi separuh jalan, file yang di up load ke dalam hp saya tersangkut, sebelum hilang. Saya telah mencari file buku tersebut di setiap ceruk hp saya tetapi tidak dijumpai. Ini bermakna, pembelian saya itu tidak berhasil. malangnya, saya tetap di caj RM5.
Sebagai penulis buku yang tersenarai dalam mbook, saya rasa ok saja jika ramai yang ada masalah seperti saya kerana walaupun tidak dapat konten buku, pembeli masih kena bayar RM5 dan ini bermakna, saya sebagai penulis tetap akan dapat royalti.
terima kasih
..................
Tuan Meor, saya akan panjangkan komen tuan kepada pihak METADOME!
Post a comment