Memikirkan Apa Cara Memasarkan Buku Puisi
Sektor buku sastera yang nampaknya paling corot berkembang adalah buku puisi. Kita pun sudah lama memikirkan bagaimanakah caranya hendak membangunkan sektor ini.
Tentang mengapa sektor ini tidak berkembang, jawapannya tidak sukar. Seperti biasa, tangan-tangan akan menuding, dulu-dulu ke DBP, sekarang ke Dawama.
Buku sastera sektor apa pun, jika DBP yang menerbitkannya dan Dawama yang menjual, pasti buku itu gagal meletup dalam pasaran.
Bayangkan dalam situasi lain, di mana buku puisi itu diterbitkan dan diedarkan oleh PTS, bagaimanakah barangkali buku puisi dapat dipromosi dengan efektif supaya jualannya baik.
Tulis pandangan dan cadangan idea saudara di sini, mudah-mudahan kita dapat mencari jalan keluar daripada lingkaran yang membingungkan ini.
Hidup buku puisi Melayu!
.
.
Tentang mengapa sektor ini tidak berkembang, jawapannya tidak sukar. Seperti biasa, tangan-tangan akan menuding, dulu-dulu ke DBP, sekarang ke Dawama.
Buku sastera sektor apa pun, jika DBP yang menerbitkannya dan Dawama yang menjual, pasti buku itu gagal meletup dalam pasaran.
Bayangkan dalam situasi lain, di mana buku puisi itu diterbitkan dan diedarkan oleh PTS, bagaimanakah barangkali buku puisi dapat dipromosi dengan efektif supaya jualannya baik.
Tulis pandangan dan cadangan idea saudara di sini, mudah-mudahan kita dapat mencari jalan keluar daripada lingkaran yang membingungkan ini.
Hidup buku puisi Melayu!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu-san;
Pada pendapat hamba, sebelum dicari strategi melariskan buku puisi tersebut, kita patut mencari strategi melariskan dulu puisi itu sendiri. Jika rakyat tidak kenal apa itu puisi, tidak kenal siapa penyair maka mereka tidak akan cinta akan puisi. Tidak cinta akan puisi maka secara langsung mereka juga tidak akan beli buku puisi.
Beberapa kaedah untuk mempromosi puisi (dalam bidang percetakan) yang hamba pelajari bagaimana orang Jepun mempopularkan haiku (puisi pendek atau puisi tiga baris Jepun) ialah:-
- Mencetak puisi pada baju-t
- Mencetak puisi pada barang cenderamata, cawan (mug) misalnya
- Mencetak puisi pada poster bergambar dan dibingkaikan untuk hiasan dinding
- Mencetak puisi di mana-mana bila ada kesempatan dan ruang.
* Semalam myJICA mengadakan pertandingan bowling. 78 peserta dari 26 pasukan mengambil bahagian. Saya cetak haiku pada pamplet dan setiap orang memperolehi satu haiku yang berbeza dari seorang ke seorang.
Sekian pandangan ha-mba.
——-
Buku puisi yang ada di pasaran terlalu ‘polos’ dari segi reka letak.
Buatlah grafik atau bekerjasaman dengan Kementerian Warisan atau Pelancongan buat buku puisi dengan latar belakang tempat-tempat pelancongan di Malaysia.
Contoh: Boleh fokus di Putrajaya sahaja, banyak gambar-gambar hebat boleh dirakamkan selain itu selitkan juga info tersebut. Contoh “Monumen Alaf Baru” tidak semua orang tahu falsafah di sebalik monumen itu. Cari sudut yang menarik dan tampal puisi yang berkenaan. Mesti terangkat.
Rasanya tidak susah hendak dapatkan 150 keping gambar yang cantik di Putrajaya ini.
Yang kedua, puisi itu kena diterangkan maksudnya juga secara ringkas apa yang hendak digambarkan. Supaya mana-mana yang tidak faham puisi mampu menghayatinya. Tidaklah buku itu kering dengan kata-kata.
Cara ini mungkin melibatkan kos tetapi rasanya berkesan membangkitkan kesedaran ramai. Saya ada terlihat di dalam koc-koc LRT STAR, petikan puisi dalam bahasa Inggeris hasil nukilan sasterawan Inggeris yang di-framekan dan diiklankan untuk bacaan semua.
Setiap koc diletakkan puisi yang berlainan. Secara tidak langsung, semasa dalam koc LRT yang penuh itu, jika tidak mahu memandang orang di sekeliling, pasti ada yang terbaca petikan puisi-puisi itu. Semuanya sedap-sedap belaka.
Assalamualaikum, semoga sihat dan dirahmati Allah s.w.t.
Pendapat saya begini…
1) Dapatkan khalayak sasaran sebelum buku puisi diterbitkan.
2) Dapatkan puisi mengikut sasaran khalayak.
3) Sensasikan buku puisi itu dengan kerjasama artis yang mendendangkan lagu-lagu puisi seperti Kopratasa atau salah seorang ahli kumpulan mereka atau lain-lain penyampai puisi sebagai penghias kulit buku.
4) Lakukan acara deklamasi puisi (dari terbitan tersebut) pada malam minggu di jualan karyawan berhampiran pawagam Coloseum sebagai promosi kerana di sana banyak para karyawan (artis) berniaga dan melakukan persembahan dengan kos yang berpatutan kerana team karikatur saya pernah menjalankan aktiviti meng"karikatur"kan wajah pengunjung dan peminat seni di sana bersama Imuda. Sambutannya agak baik juga..
Ermm, saya tak pandai mengenai hal ini, kerana puisi saya pun ‘merosak bahasa’, maaf.
salams
Assalamualaikum Pn,
Saya ini bukan sasterawan tetapi saya minat puisi sejak dari kecil lagi… cadangan saya begini..
1. Jadikan buku puisi sebagai hadiah tanda penghargaan, kasih sayang, cinta, hadiah perkahwinan, pertunangan, sambutan hari ibu, hari bapa, hari guru, hari kekasih, hadiah tanda mata perpisahan antara sahabat, majikan dan pekerja, hadiah kepada murid cemerlang dan berbagai lagi…
2. Boleh juga setiap kutipan dari buku puisi ini contohnya RM2.00 diberikan untuk tabung kanser, rumah anak yatim tertentu contohnya untuk membina koleksi perpustakaan mereka, oleh itu pembelian lebih bermakna… sambil beli sambil beramal.
3. Hadiah untuk pelancong… puisi klasik dan terkenal… dicetak bersama hadiah cendrahati…. pada kad-kad kecil yang berlatarkan lukisan panorama tempatan (contohnya lukisan cat air ‘watercolour’ oleh artis tempatan)... saya bayangkan puisi tentang kampungku.. di mana lukisan cat air gambar pemandangan di desa-desa Malaysia… kampung nelayan… sawah padi… sesuatu yang amat Melayu dan Malaysia.. pasti pelancong Mat Saleh ataupun Jepun suka.
4. Kementerian Kebudayaan perlu letakkan di sepanjang taman di Putrajaya atau mana-mana taman.. muzium…. ukiran puisi-puisi Melayu… supaya orang ramai baca dan teringat-ingat akan keindahannya.. di setiap pejabat kerajaan… bangunan milik kerajaan ... lapangan terbang… stesen lrt… pejabat pelancongan…
5. Dicetak dalam bentuk ‘coffee table book’ dengan ilustrasi menarik… tentang Melayu dan Malaysia… contohnya ‘pencil sketches of Malay kampong houses’... dan macam-macam lagi… beserta penerangan makna dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
6. Anjurkan pertandingan puisi di sekolah-sekolah… drama tari puisi.. bacaan puisi.. muzik dan puisi… wujudkan satu piala atau hadiah pusingan.. dan sebagainya.
7. Puisi dicetak berasingan misalnya ‘Puisi untuk Kekasih’, ‘Puisi untuk Bonda’, ‘Puisi untuk Ayahanda’, ‘Puisi untuk Guru’, dan macam macam lagi…
Pendek kata ia mesti berkualiti… puisinya.. gambarnya… bukunya… kertasnya… dan apa jua bahan yang digunakan… dan boleh disimpan sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila… seperti satu koleksi berharga…
Sekian,
Wasallam.
Nor
Saya bersetuju dengan pandangan Nor (no 6) di atas.
Ketika saya “muda-muda” dulu, saya minat juga puisi dan mempunyai beberapa koleksi puisi tulisan Susan Polis Schutz, terbitan Blue Mountain Arts. Bezanya puisi ini dengan puisi lain ialah kerana topiknya yang pelbagai… motivasi (self improvement), cinta dan lain-lain.
Konsepnya ialah puisi itu dicetak dengan begitu menarik sekali di atas ‘special paper’ dan ilustrasinya begitu ‘menawan’.
Mungkin PTS boleh “meniru” dan mengubah sedikit konsep ini. Details boleh dicari melalui internet, search “blue mountain arts”.
Saifuddin.
Diari yang ada puisi2 pendek di muka surat tertentu. Menarik juga, bukan? Penanda buku/novel PTS, tuliskan puisi mengikut jalan cerita buku/novel itu.
Hmm… saya sendiri teruja hendak memilikinya.
terus terang,
saya tidak pernah membeli dan juga menghabiskan membaca buku puisi
entah…
ironinya
saya juga gemar menulis puisi.
???
Pada saya, untuk mewujudkan masyarakat yang meminati puisi, mulakan pada usia yang paling awal. Mengapa tidak lima minit sebelum kelas bermula setiap hari - ada bacaan puisi di setiap kelas di sekolah…
Teringatkan filem Ada Apa Dengan Cinta.
Berlari ke hutan, teriakku…
Saya petik,
“Bayangkan dalam situasi lain, di mana buku puisi itu diterbitkan dan diedarkan oleh PTS, bagaimanakah barangkali buku puisi dapat dipromosi dengan efektif supaya jualannya baik.”
Untuk tujuan jualan, saya mencadangkan perkara-perkara ini.
Keluarkan buku-buku puisi ini mengikut tema sambutan tertentu dengan kerjasama kedai-kedai buku, seperti Istimewa Hadiah Buat Teristimewa sempena Hari Ibu ini
Jika buku-buku self-help dan perhubungan PTS, kita gabungkan dengan puisi-puisi (seperti projek puisi cinta yang diusahakan Puan Ainon) ke dalam buku-buku tersebut sebagai permulaan setiap bab. Letakkan, dipetik dari buku Antologi Puisi Cinta Islami, PTS. Mungkin para pembaca buku bantu diri ini akan mencari buku-buku puisi ini pula selepas ini.
Jika dibuat buku-buku motivasi berbentuk cerita, penghujungnya diletakkan puisi. Biasanya kalau ada penulis bersama untuk projek sebegini, bagus.
Tahun lalu saya teringat kata-kata Puan Ainon dalam bengkel tentang para penulis berwajah TV. Kita tonjolkan mereka dalam poster dengan gaya ala-artis dengan buku-buku puisi penghasilan mereka. Pesta Buku KL mungkin menjadi tempat menonjolkan para pemuisi dengan aktiviti bersama pembaca.
Seperi biasa tumpuan kepada kulit buku yang sesuai dengan sasaran pembaca.
Kalau dahulu kita mempunyai projek mentor mentee seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah dan saudara Fadzli Yusof. Mungkin kita hasilkan buku bersama dengan konsep mentor mentee contohnya Sasterawan Negara, A Samad Said bersama A bin B dan seumpamanya.
Jangan jual buku puisi sebab tidak ramai yang akan membelinya.
Jual buku yang terkandung puisi didalamnya.
Mungkin lebih dalam bentuk catatan, diari. Kegunaannya lebih dari satu. Yang tak minat akan perlahan-lahan minat.
Juga boleh dibuat buku puisi dalam bentuk dikomik atau grafik puisi & novel. Kartun puisi..puisi kartun.
Saya rasa bahawa buku puisi boleh dipasarkan dengan lebih banyak dan meluas. Apabila kita tengok barat yang selalu juga meladeni penyair-penyair mereka dan karya-karya mereka dengan pelbagai program. Mungkin di Malaysia tidak terlalu menonjol dan sebegitu rupa dorongannnya, tetapi buku puisi boleh saja laris, (agaknya) apabila penyajak dan penyair di ketengahkan selain pembacaan puisi. Majlis membaca puisi memang penting tetapi mungkin majlis-majlis pembicaraan karya, forum buku dan lain-lain harus memberi ruang untuk penyajak membaca sajaknya.
Kedua, barangkali promosinya tidak terhad di media cetak tetapi pada media massa lain macam televisyen dan radio.
Mungkin juga diwujudkan perbicaraan para penyajak untuk satu-satu tertentu. Mungkin juga promosikan di sekolah dan untuk remaja khususnya musim cuti sekolah.
Saya kira buku puisi memang ada ‘market’nya.
popularkan puisi?
Mungkin boleh sahaja dengan membentuk puisi-puisi ringkas yang boleh dihantar melalui SMS.
Satu lagi, sebelum orang ramai boleh menghargai puisi, mereka seharusnya perlu disedarkan tentang keindahan bahasa melayu dahulu.
salam.
Post a comment