Memilih Judul Buku: Judul Panjang, Judul Pendek
![]()
Seorang penulis memberikan judul bukunya yang berbunyi: Suatu Analisis Kritikal tentang Fenomena dan Ancaman Gerakan Islam Liberal di Nusantara.
Apabila editor PTS memendekkan judul itu menjadi Islam Liberal di Nusantara beliau membantah dengan alasan judul baru itu "tidak menggambarkan isi kandungan sebenar buku saya". Panjang lebar hujah yang diberikannya, sampai-sampai dia mengugut hendak menarik balik bukunya yang sudah siap diedit dan dilayout.
Judul buku mesti pendek. Makin pendek makin bagus. Sebaik-baiknya jangan lebih daripada 4 perkataan.
Judul buku dicetak di atas kulit buku. Ruang kulit buku itu kecil. Apabila judul itu panjang, sedangkan ruang kecil, nanti tulisannya menjadi kecil-kecil.
Buku diletakkan atas rak buku dalam kedai. Dari jauh, mata pelanggan tidak dapat membaca judul yang ditulis kecil-kecil!
Ada 3 faktor yang menarik minat pengunjung kedai, yang menyebabkan dia mahu memegang buku-buku yang dipamerkan: (1) Judul buku, (2) Desain kulit buku dan (3) Nama pengarang.
Baik judul mahupun desain kulit, kedua-duanya mesti cantik dan menarik mata pelanggan. Apabila mata pengunjung kedai tidak dapat membaca judul buku dan nama pengarang dari jarak jauh, habislah harapan buku itu dapat dijual.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Judul buku yang ringkas juga memudahkan kita memesan orang lain membeli buku itu, contohnya pasangan kita. Jangan nanti balik ke rumah buku tidak ada, dengan alasan terlupa nama bukunya. Hmm, penulis juga rugi nanti…
Post a comment