Thursday, November 15, 2007

Memilih Judul Buku: Perkataan Laku, Perkataan Tak Laku

Syarikat-syarikat penerbitan yang sudah banyak menerbitkan buku mengetahui ada buku-buku yang kandungannya bagus tetapi tidak berapa laku, manakala ada pula buku yang kandungan tidak bagus, tetapi laku. Apabila buku yang tidak laku itu dicetak semula dengan menggunakan judul baru, buku itu laku pula!

Selepas menerbitkan lebih 800 judul, bagi setiap kategori buku dan kategori pembeli sasaran, PTS mempunyai semacam senarai perkataan dan frasa, yang apabila digunakan sebagai judul, jualan buku itu sloooow....

Antara perkataan yang paling tidak laku adalah 'MASALAH'. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan 'masalah' pada judul buku, kecuali dalam kes seperti judul "Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif".

Perkataan 'HITAM' juga tidak laku. Begitu pula dengan perkataan 'CABARAN'.

Pemerhatian kita juga menunjukkan perkataan 'HADHARI' tidak laku. 

Bagi buku agama yang ditargetkan kepada pembeli perempuan, judulnya akan menggunakan perkataan-perkataan yang laku kepada perempuan. Sebagai contoh buku panduan puasa oleh Abdul Hadi Awang menggunakan judul: "RAMADHAN Tetamu yang Dirindui". Perkataan 'rindu' digemari oleh perempuan, justeru buku itu amat laku kepada pembeli perempuan.

Judul buku motivasi haji karya Prof. Dr. Muhd. Kamil pada mulanya beliau menggunakan judul: "TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Masa". Perkataan 'masa' itu ditukar oleh PTS menjadi 'iman' sebab di kalangan orang yang membeli buku-buku agama perkataan 'iman' lebih laku daripada perkataan 'masa'. Perkataan 'IMAN' laku baik bagi pembeli lelaki mahupun perempuan.

Seni mencipta judul buku adalah seni menjual perkataan. Perkataan menjadi produk. Oleh hal yang demikian, editor perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran memilih perkataan-perkataan yang bernilai komersial dan yang tidak.

Sebagai produk, perkataan adalah sama dengan produk-produk lain. Ada perkataan yang hayat nilai komersialnya evergreen, manakala ada perkataan yang hayat nilai komersialnya sangat singkat. Perkataan 'HADHARI', sudahlah nilai komersial yang amat rendah, hayat komersialnya juga amat singkat.

Begitu pula, nilai komersial sesuatu perkataan itu mempunyai sempadan geografisnya. Perkataan yang digemari di Malaysia belum tentu digemari di Indonesia. Justeru pilih perkataan-perkataan yang digemari dalam zon geografis yang lebih luas.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Masuk Pasaran dengan Strategi Jamaah Previous entry: Buku yang Diperlukan Belum Tentu Laku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  08:57 AM

Assalamualaikum Sifu,

Saya bersetuju dengan pendapat Sifu. Pemilihan perkataan yang tepat amat penting. Ia juga berkemungkinan perkataan-perkataan seperti ‘Rindu’, ‘Iman’ dan ‘Jutawan’ sedap dibaca, diungkap dan sedap didengar.Kata-kata ini seolah-olah menjanjikan sesuatu yang positif dan baik pada diri pembaca.Inilah kekuatannya.smile

mka  on  11/16  at  10:25 PM

Bagaimana pula dengan judul majalah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  04:20 PM

saya ingin menubuhkan sebuah syarikat pembinaan.apakah nama syarikat yg sesuai, komersial n evergreen pada pandangan puan/tuan?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: