Memilih Judul Terjemahan Sastera Klasik
Apabila saudara hendak memasuki sektor buku terjemahan sastera klasik, berikut adalah kriteria yang sesuai digunakan bagi memilih judul-judul yang sudah menjadi public domain:
(1) Judul buku originalnya sudah dikenal di Malaysia, sebagai contoh siri Sherlock Holmes tidak asing lagi di Malaysia.
(2) Nama pengarangnya sudah dikenal di Malaysia, sebagai contoh nama Arthur Canon Doyle dikenal di negara ini.
(3) Cerita dalam buku itu sesuai dengan program penerbitan yang sedia ada, sebagai contoh PTS mempunyai program penerbitan novel-novel fantasi, oleh itu karya-karya Jules Verne adalah sesuai dipilih.
(4) Jumlah halaman buku itu tidak terlalu tebal sehingga terpaksa dijual dengan harga mahal.
(5) Judul itu sudah pernah difilemkan dan filemnya pernah ditayangkan di TV Malaysia.
(6) Judul itu menjadi teks kajian mata pelajaran sastera Inggeris.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salaam Puan Ainon,
Bila agaknya hendak diadakan bengkel menterjemah karya sastera klasik?
Post a comment