Memilih Judul yang Sesuai Diterbitkan Sebagai Edisi Hardcover
Buku di sebelah ini diterbitkan dalam 2 edisi, hardcover dan softcover. Kedua-dua edisi itu sudah beberapa kali diulangcetak.
Bagi penulis, memiliki buku hardcover adalah ibarat memiliki "Rolls Royce". Jika saudara sudah mempunyai buku hardcover, martabat saudara sebagai penulis adalah lebih tinggi daripada penulis-penulis yang belum mempunyai buku hardcover!
Kepada Menteee-mentee Sifu, ini soalan tutorial hari ini: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu judul itu sesuai diterbitkan sebagai edisi hardcover?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

1. Best Seller
Judul-judul best seller selalunya menarik untuk diterbitkan semula dalam edisi Hard Cover. Contoh, Ayat-ayat Cinta dan Jibam.
2. Evergreen
Isi kandungannya sesuai dan bermanfaat sepanjang masa. Contohnya buku Jangan Bersedih.
3. Hasil karya berkualiti untuk dirujuk
Judul tersebut memiliki kekuatan dari segi kualiti, gaya dan mutu penulisannya. Sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan.
4. Award Winner
Judul yang dihasilkan pernah memenangi anugerah sastera tertinggi, contohnya seperti S.E.A Write Award atau Nobel Prize.
5. Penulis penting
Judul tersebut adalah hasil karya seorang penulis yang penting berkaitan dengan sejarah Malaysia, perintis kepada genre baru atau konsep baru dalam aliran penulisan.
6. Karya bernilai sejarah
Judul tersebut mengarkibkan nilai-nilai sejarah atau fakta-fakta penting sesuatu zaman dan bangsa.
Saya setuju dengan pendapat Amiene Rev dan terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Buku yang boleh ditolak masuk sebagai buku-buku hadiah kerajaan dan jabatan korporat sesuai dijadikan edisi buku tebal.
Karya klasik juga berpotensi bagi edisi seperti ini.
Post a comment