Memilih Makna Emosi
Banyak perkataan mempunyai makna rujukan dan makna emosi. Sebagai contoh, perkataan "wanita", "perempuan", dan "betina", mempunyai makna rujukan yang sama, tetapi makna emosinya berlainan.
Apabila memilih perkataan sebagai judul buku, pilih perkataan-perkataan yang neutral emosinya, ataupun yang makna emosinya positif kepada pembeli dan pembaca yang ditargetkan.
Ada perkataan yang menimbulkan makna emosi positif kepada orang tua pengunjung surau, tetapi menimbulkan makna emosi negatif kepada generasi muda hip-hop, dan begitu pula sebaliknya.
Demikian pula ada perkataan yang menimbulkan makna emosi positif kepada pembaca Islam, tetapi tidak membawa apa-apa makna kepada pembaca bukan Islam.
Sebagai contoh, perkataan "amal", "taubat", "redha" dan "ihsan" menimbulkan emosi positif kepada golongan surau tetapi tidak kepada generasi hip-hop.
Buku yang ditargetkan kepada golongan tua yang suka ke surau boleh menggunakan judul seperti "Pandauan Taubat", tetapi judul itu tidak mencetuskan emosi yang positif bagi golongan muda.
Nota: Judul asal buku ini adalah "Kitab Taubat".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment