Sunday, May 28, 2006

Memilih Nama Watak: Prinsip Surah Yusuf

Nama-nama watak adalah sebahagian daripada ciri-ciri 'packaging' dan strategi pemasaran. Nama-nama yang saudara cipta bagi watak-watak dalam karya saudara mesti menjadi ciri plus-plus bagi keberkesanan packaging karya saudara dan keberkesanan strategi pemasarannya.


Sekarang ini banyak nama individu Melayu adalah nama-nama yang trendy bunyinya.


Apabila saudara menulis novel, salah satu faktor yang boleh memanjangkan ataupun memendekkan hayat novel saudara, dan meluaskan ataupun menyempitkan wilayah pasaran karya saudara itu, adalah nama-nama watak.


Berikut adalah panduan memilih nama watak:

  1. Judul. Nama watak utama itu sesuai dijadikan judul karya. Nama watak utama dalam surah Yusuf adalah Yusuf. Nama watak utama dalam Hikayat Hang Tuah adalah Hang Tuah.

  2. Sukukata. Dalam surah Yusuf, nama Yu+suf dan Ya'+kub adalah 2 terdiri daripada sukukata. Oleh itu memilih nama yang terdiri daripada 2 patah sukukata adalah terbaik, seperti Yu+suf ataupun A+dam manakala nama seperti Ra+i+ma+kas+tar+za adalah 6 sukukata. Paling panjang nama-nama nabi dalam Islam adalah 3 sukukata seperti Ibrahim ataupun Sulaiman.

  3. Memori. Pilih nama yang sudah ada dalam memori pembaca adalah lebih baik. Nama Yusuf ataupun nama Adam ada dalam memori ramai orang. Semakin ramai kelompok yang mengetahui nama itu, semakin baik.

  4. Sebut. Nama itu mudah sebut oleh pelbagai bangsa. Nama Yusuf dan Adam mudah disebut. Nama Fathlullah sukar disebut oleh banyak kelompok, umpamanya orang Cina sukar menyebutnya.

  5. Ingat. Nama Yusuf ataupun Adam adalah contoh yang mudah diingat. Nama Raimakastarza sukar diingat.

  6. Jawi. Nama itu mudah dieja dalam tulisan jawi-Arab. Surah Yusuf dituliskan dalam tulisan Arab. Karya saudara nanti perlu mudah dijawikan dan dipasarkan sebagai bahan pengkayaan mata pelajaran jawi di sekolah-sekolah.


Berikut adalah ciri-ciri nama yang perlu dielakkan:

  1. Trendi. Elakkan nama-nama yang trendi kerana sesuatu yang trendi mempunyai hayat yang tertakluk kepada tempoh sesuatu trend itu. Nama-nama seperti Sofea Natalea ataupun Ron Ismet Feroz adalah trendi. Nama-nama trendi memendekkan tempoh hayat karya saudara. Apabila trend itu berakhir, karya saudara terasa out-dated. Nama Adam adalah contoh nama yang tidak trendi.

  2. Usia. Elakkan nama-nama yang sedap hanya bagi sesuatu kelompok usia sahaja. Sesetengah nama sedap pada telinga orang tua sahaja, ataupun orang muda sahaja. Nama-nama jenis ini menyempitkan kelompok penggemar karya saudara. Nama Shaaban ataupun Solihin sedap di telinga orang-orang tua sahaja. Nama Adam adalah contoh nama yang diterima oleh semua kelompok usia.

  3. Daerah. Elakkan nama-nama yang sedap dalam sesuatu wilayah sahaja, sebagai contoh, nama itu sedap di telanga orang Malaysia, tetapi tidak sedap di telinga orang Indonesia. Nama-nama jenis ini mengecilkan wilayah pasaran karya saudara. Pilih nama yang popular dalam wilayah pasaran yang luas. Nama Yusuf dan Adam adalah contoh yang diterima di Indonesia dan di Malaysia. Ciri ini membolehkan karya saudara mudah diekspot ke Indonesia.

  4. Rasis. Elakkan nama-nama yang terlalu Cina, ataupun terlalu India dan seumpamanya. Nama Adam adalah contoh yang dapat diterima sebagai nama yang tidak terlalu ras. Ingat karya saudara bukan hendak dijual kepada pembaca Melayu sahaja. Ramai pelajar Cina dan India yang bersekolah di sekolah kebangsaan, mereka adalah pasaran kita.

  5. Konotasi. Elakkan nama-nama yang mempunyai konotasi negatif bagi sesuatu kelompok. Nama Norzeena menyebabkan golongan yang mempunyai nilai-nilai agama Islam mengaitkannya dengan perkataan 'zina'.

  6. Lelaki. Elakkan nama yang di Malaysia khas untuk perempuan tetapi di Indonesia khas untuk lelaki. Nama Ainon adalah nama perempuan di Malaysia tetapi nama lelaki di Indonesia.


Zaman “Apa Ada pada Nama” sudah berlalu. Ini adalah zaman “seni marketing” dan “seni branding”.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Mandarin di Singapura Previous entry: WS Rendra

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: