Wednesday, September 24, 2008

Memilih Tema dan Topik Buku

Penulis adalah komponen penting dalam bisnes penerbitan buku. Justeru penulis perlu mempunyai 'hidung-duit' (business-sense), kalau tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

Penulis yang mempunyai business-sense amat menguntungkan bisnes penerbitnya sebab buku-bukunya memenuhi keperluan pembeli, oleh itu mudah dipasarkan.

Di kalangan penulis baru, lazimnya mereka mahu menulis buku yang temanya belum ada dalam pasaran, kerana mereka percaya buku seperti itu tentu lebih laku, maklumlah sebab tidak ada persaingan.

Penerbit pula mahukan buku-buku yang temanya sudah popular dalam pasaran. Jika sesuatu tema itu tidak ada, ataupun tidak banyak dalam pasaran, maka itu adalah tanda bahawa permintaan untuk tema seperti itu tidak ada. 

Bagi mengetahui tema yang popular dalam pasaran, cara yang mudah adalah dengan pergi ke kedai buku dan semak, jika kedai mempamerkan banyak buku oleh banyak pengarang bertemakan tema yang serupa, itu adalah tanda sahih tema tersebut mempunyai banyak pembeli.

Justeru, kita boleh lihat rak buku-buku self development, leadership, communication, relationship, sales, management, bisnes, personal finance, creativity dan banyak lagi tema, mempamerkan banyak judul oleh banyak pengarang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Peraturan Menggunakan Perkataan 'sila' Previous entry: Surat Pilihan: MPH Almanda
saat sulaiman  on  09/28  at  04:17 AM

Benar Puan.
Saya setuju dengan kenyataan Puan.
Cuma kadangkala buku yang baik juga belum tentu mencatat jualan tinggi di pasaran.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: