Memiliki Edisi Ebook Tanpa Izin Pemilik Hakciptanya adalah Melanggar Undang-undang dan Berdosa
Seorang sahabat FaceBook saya menulis begini: "Hmm... semua ebook terjemahan PTS dari Brian Tracy saya dah milikinya... terima kasih puan atas makluman yang diberi."
PTS tidak pernah menerbitkan ataupun mengedarkan secara percuma edisi Ebook bagi buku-buku Brian Tracy yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Justeru PTS sedang menyiasat pengedaran edisi Ebook dua judul Brian Tracy itu, dan sebaik-baik kami ketahui pihak yang melakukannya, tindakan seterusnya akan diambil ke atas pihak-pihak yang terlibat.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kasihanlah pada penterjemah yang bersekang mata menghasilkannya. Begitu juga sumbangan semua warga PTS yang telah berjaya menghasilkan buku ini. Senang-senang sahaja di’e-book’kan.
Cubain liat di scribd. Situs itu lubuk buat pirasi bukunya ke e-book.
Aduhai, kedua-dua buku Brian Tracy itu saya yang terjemahkan… :(
Post a comment