Sunday, February 21, 2010

Memperkenalkan Pereka Cerita untuk Tim AinMaisarah

Bakat mencipta cerita tidak semestinya hadir bersama-sama bakat menulis cerita.

Justeru ada penulis yang pandai mencipta jalan cerita yang bagus-bagus, tetapi dia tidak pandai menuliskan ceritanya menjadi buku cerita yang sedap dibaca disebabkan bakat bahasanya tidak cukup tinggi. Hasilnya buku yang dihasilkan tidak sedap dibaca kerana gaya bahasanya kaku dan gaya penceritaannya tidak lancar.

Ada pula penulis yang pandai menghasilkan ayat yang bagus-bagus, tetapi cerita yang diciptanya pula tidak sedap. Hasilnya buku yang dihasilkannya tidak sedap dibaca sebab ceritanya tidak mengasyikkan.

Dalam keadaan seperti itu kedua-dua penulis tidak dapat menghasilkan buku yang meletup-letup dalam pasaran.

Suatu cara lain adalah menggabungkan kedua-dua bakat itu menjadi regu-penulis. Seorang mencipta jalan cerita, yang seorang lagi menuliskannya menjadi buku.

Di PTS, strategi regu-penulis sudah dilakukan oleh Fred Suriya dengan Ashadi Zain (siri Adam Kecil) dan dengan Haslisa Ramli (siri Matahara), di mana Fred Suriya menghasilkan jalan cerita sahaja manakala penulisannya dilakukan oleh Ashadi Zain dan Haslisa Ramli.

Kini Ain Maisarah sedang memulakan strategi yang serupa. Terbaru, Cik Puan Nuraizah, seorang penggemar novel sai-fai telah bersetuju menjadi Pencipta Cerita untuk Tim AinMaisarah. 

Nota: Foto ikhsan Puan Ain Maisarah menunjukkan Cik Puan Nuraizah dengan koleksi buku-buku cerita bacaannya serta VCDnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jurutera Kanan di Jabatan Marketing PTS Previous entry: Rakyat Malaysia Membaca di Mana-mana
Syaizul Amal  on  02/22  at  07:50 AM

Assalamualaikum,

Pertemuan ringkas saya dengan Cik Puan Aizah sememangnya menarik. 30 minit perbincangan, saya seperti khatam 3 novel tebal.

Penulis mesti sentiasa mendapatkan idea-idea baru. Walaupun penulis mempunyai banyak idea, apabila menulis buku yang ke-5, pembaca sudah boleh meneka gaya cerita dan plot cerita.

Pembaca buku AinMaisarah lebih menghafal watak daripada AinMaisarah sendiri.

Disinilah perlunya kita mencari Tim Pereka Cerita dan Tim Penulis Cerita sekiranya kita ingin memberikan sesuatu yang segar kepada para peminat karya kita. Janganlah terlalu berlainan, cukuplah sekadar sesuatu yang mereka tidak jangka tetapi masih disukai.

Wasalam
Syaizul
Pengurus Tim AinMaisarah

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/21  at  06:55 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya ada idea untuk sebuah novel thriller bermotifkan mitologi Melayu (ala novel American Gods karya Neil Gaiman) untuk pembaca dewasa, tetapi saya tak pandai nak mengarang novel. Bagaimanakah caranya saya nak sertai strategi regu-penulis ni? Ada ke penulis PTS yang boleh menzahirkan idea saya?

Harap puan dapat bantu.

Sam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.