Tuesday, December 11, 2007

Penerbit dan Rasuah: Bisnes Turun tetapi Keuntungan Naik

Nota: Entri ini ditulis selepas memikir-mikirkan apa yang ditulis oleh Tuan Rastom di blognya HALWA ROMANTIS tentang akhbar Cina yang lebih terbuka membincangkan isu rasuah yang sedang melanda negara ini.

Marilah kita, penerbit-penerbit buku Melayu, belajar bersungguh-sungguh berniaga dengan cara bersih-rasuah. 

Informasi ini kita dengar sendiri daripada seorang pegawai tertinggi dalam sebuah syarikat penerbit milik 4 orang rakan niaga Cina. Syarikat itu aktif dalam sektor buku bersilabus. Kalau dia berdusta, kita pun berdustalah.

Sebelum syarikat itu disenaraikan di papan utama, nilai jualan buku-bukunya sekitar RM95 - RM100 juta setahun. Jualan itu begitu tinggi disebabkan  pihak pengurusan memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai kos rasuah yang diberikan kepada pelbagai pihak yang membuat keputusan tentang pembelian buku dan pemberian kontrak.

Apabila syarikat itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), pengurusan tidak dapat lagi hendak mengamalkan rasuah dengan bebas macam sebelumnya, maklumlah ia sudah menjadi syarikat awam yang diaudit dengan ketat. 

Akibat tidak dapat lagi hendak merasuah orang di sana-sini, nilai jualan buku-bukunya jatuh mendadak menjadi antara RM75 - RM85 juta sahaja setahun.

Tetapi.... ya... TETAPI!.... margin keuntungan syarikat itu naik! 

Justeru, meskipun nilai jualan buku-bukunya turun akibat tidak mengamalkan rasuah lagi, tetapi keuntungan sebenar syarikat itu naik lebih tinggi daripada semasa ia  mengamalkan rasuah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Tulis Buku yang Pasaran Trainingnya Besar Previous entry: Pasaran Terjemahan dan Kisah Salesman Kasut

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: