Friday, June 22, 2007

Memuji Diri Sendiri

Buku ini sudah dilesen oleh Jakarta.

Apalah istimewanya buku ini?

Buku motivasi bisnes yang banyak dalam pasaran memberi gambaran baik-baik belaka tentang dunia orang bisnes. Pendek kata, mengikut buku-buku konvensional itu, semua orang boleh buat bisnes, semua orang boleh menjadi jutawan, semua jenis bisnes boleh menjadikan semua bisnesman kaya raya, asal ikut apa yang pengarang buku itu tulis.

Buku-buku konvensional itu mengatakan dalam dunia orang bisnes, semua orang baik-baik belaka. Semua orang boleh menjadi jutawan belaka, asalkan seseorang itu sanggup bekerja kuat belaka.

Buku ini terbalik. Ia menceritakan apa yang penulis buku-buku motivasi bisnes konvensional tidak mahu ceritakan, ataupun tidak berdaya hendak menceritakan, kerana si penulis tidak pernah buat bisnes.

Buku ini menceritakan bermacam-macam kisah benar yang busuk-busuk bagaimana orang yang baru hendak memulakan bisnes ditipu oleh orang kaya, oleh jutawan, oleh pegawai istana, oleh pegawai kerajaan, oleh konsultannya sendiri, oleh ahli politik, oleh rakan niaga sendiri, oleh pengerusi syarikat sendiri, oleh agen sendiri, oleh supplier sendiri, oleh pekerja sendiri, oleh pelanggan sendiri...

Buku ini menceritakan bagaimana sebagai bisnesman, kita merompak syarikat sendiri, bagaimana pasangan kita merampok bisnes kita, bagaimana anak-anak mencuri duit bisnes kita...

Bagi mentee yang menyimpan angan-angan hendak membuka bisnes sendiri, bacalah buku Sifu ini sebelum membuat apa-apa keputusan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Terbaru: Timbalan Menteri Jadi Pengerusi MBKM Previous entry: Nilai Anti-Tauhid dalam Sastera Fiksyen Fantasi
fudzail  on  06/22  at  05:59 PM

Salam SifuPTS

Terima kasih diatas buku ini, saya akan membeli dan membacanya. Sudah lima kali saya buka bisnes dan mempunyai pengalaman yang lebih kurang sama.

Terakhir baru-baru ini pun balik cerita yang sama, sudah bagi modal tetapi lesap, tidak mengapa asalkan tidak putus asa dan bersyukur dengan apa yang ada.

Walau apapun, mencari rezeki yang halal, sama ada bisnes atau makan gaji tetap usaha untuk hidup. Allah jua perancang MAHA terbaik.

Wallahualam.

diatas (SALAH) = di atas (BETUL)
apa pun (SALAH) = apa pun (BETUL)

——-

omecool20  on  06/22  at  06:16 PM

Saya sudah membeli buku ini pada awal tahun, di mana covernya berwarna merah/oren.

Memang benar, apabila habis membaca, gerun juga saya tapi sekurang2nya, tahu apa yang perlu dielak apabila memulakan bisnes sendiri.

Sifu, apa perbezaan edisi kemas kini dengan edisi terdahulu?

Hmm… saya perlu tanya editor buku ini, En. Roslan. Jangan beli yang baru jika sudah beli yang lama.

afyan  on  06/22  at  06:26 PM

Saya amat bersetuju dengan kandungan buku ini. Saya pernah memberi sedikit komentar tentang buku ini di blog saya; http://www.afyan.com/ver1/?p=20

Riduan Khairi  on  06/22  at  07:46 PM

Saya dah baca buku ini. Sangat bagus. Berbeza sangat dengan buku-buku bisnes lain yang pernah saya baca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  08:18 PM

Saya sudah baca buku ini. Isinya memang bagus. Walaupun isi kandungannya membentangkan perihal yang menakutkan atau menggerunkan, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu dan bersedia untuk menghadapinya.

Hanya tuhan sahaja mengetahui segalanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  08:31 PM

Saya bersetuju 100% bahawa buku ini adalah bacaan wajib bagi setiap bakal usahawan.

Lebih baik kita belajar daripada kesilapan orang lain kerana kosnya hanya RM29 bukannya ratusan ribu ringgit.

Saya menyarankan kepada setiap pelajar universiti untuk membacanya.

Jiwa Rasa  on  06/23  at  10:58 AM

Puan Ainon,

Orang Melayu punya satu kekuatan yang kadang-kadang boleh jadi kelemahan.

Kita suka merendah diri. Ada masanya merendah diri itu bagus. Ia menambah rasa hormat orang lain pada kita. Ada masanya kita perlu `meninggi diri’.

Penulis perlu menunjukkan kekuatan diri supaya menyakinkan pembaca untuk membeli dan membaca karya mereka. Kekuatan dan kelebihan perlu ditonjolkan. Memuji diri adakalanya perlu.

Saya akan cari buku ini.

Kang  on  06/23  at  08:00 PM

Kalau penulis terkenal pun membaca buku ini, bagaimana dengan anda?

Ini antara buku bisnes kegemaran saya! Fakta yang tepat tanpa sebarang penglipurlara.

Jadi, sesiapa yang terpedaya kononnya jual kacang soya tepi jalan boleh menjadi jutawan, baca buku ini!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: