Menarikkah Cover Ini
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam.
Sekali imbas saya tidak akan membeli buku ini kerana covernya tiada daya tarikan yang hebat.
Saya rasa jika buku ini mempunyai isi yang baik sekali pun ianya tidak akan meletup atau jadi best seller kerana covernya. Gambar lelaki berehram dan latar biru nampak seperti buku yang “murah” dan sesuai untuk peringkat kanak-kanak atau permulaan remaja.
Adalah lebih baik gambar-gambar yang tiga itu dijadikan gambar utama dan lelaki itu dikeluarkan dari cover. Latar putih atau warna soft yang lain lebih menarik.
Pada pendapat saya, buku-buku berkenaan haji dan umrah sebaiknya covernya diletakkan gambar suasana Masjidil Haram atau Masjid Nabawi atau suasana lain di Tanah Haram spt suasana jemaah haji sedang wukuf atau melontar (beserta khemah).
Ini hanya pendapat saya saja. Terima kasih.
Sala Ramadan,
Pada pandangan saya, sekiranya gambar lelaki itu digantikan dengan lebih dari seorang kanak2 atau remaja, dan ditukar posisi dan gayanya, mungkin akan membantu menarik pelanggan.
Ramadan al-Mubarak,
Kurang menarik atas beberapa sebab:
1. Kepingan slaid yang bertebaran.
- Slaid sebegini jarang digunakan masyarakat umum untuk menunjukkan gambar percutian atau pengembaraan. Pada pandangan pertama, saya sendiri tidak dapat cam objek tersebut.
- Gambarnya pula terlalu kecil, ibarat melepaskan botox di tangga.
2. Gambar Ustaz Imran yang dikasihi.
- Beliau terlalu kaku, dan tidak senyum, seolah-olah tidak gembira menjadi Tetamu Allah.
- Beliau memandang ke arah kamera, maka syot itu terlalu formal, bagaikan mengambil gambar visa ke Mekah.
- Peragaan beliau yang terlalu ‘malu’
- Carilah model yang lebih remaja bagi menekankan ke’muda’an yang dimaksudkan. Janggutnya melambangkan beliau sudah tua.
Tapi macam mana pun, Ustaz memang hensemlah!
Salam persilatan,
Saya suka kain yang melilit tubuh lelaki itu. Nampak putih dan berseri. Jadi gunalah Breeze
Saya setuju pula dengan point-point yang ditulis oleh Tuan Mohd. Nadzrin Wahab!
Salam,
Ampun maaf. Cover tidak menarik langsung. Cuba gunakan gambar sebenar pada lokasi mengerjakan Haji, contohnya, semasa melontar jumrah, semasa jemaah masih ramai. Pastikan bilangan jemaah muda adalah majoriti di dalam gambar berkenaan.
Tajuk juga agak ‘ambiguous’ atau musykil: Haji Muda? Adakah Haji Tua? Mungkin boleh ditukar kepada Haji yang Berkat. Jika tulis Haji Mab’rur, mungkin ramai tidak faham.
Kemudian bolehlah disusuli dengan ayat; Tip-tip menjadi tetamu Allah pada usia muda. (di bawah 40 tahun)
Background cover cuba tukar dari biru ke warna hijau, yang sinonim dengan warna Islam di Malaysia.
Desain kulit buku membosankan…
cadangan saya ialah… seorang remaja berada di celah-celah orang (lebih tua darinya) sedang mengerjakan haji. hanya gambar dia sahaja kelihatan jelas yang lain-lain tu agak kabur kerana sedang tawaf.
Post a comment