Monday, August 15, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 9): Mencari Desain Kulit yang Unik

Desain kulit buku remaja sangat besar pengaruhnya pada jualan. 

Menurut Tuan Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, banyak remaja yang belum mempunyai mana-mana novelis sebagai idola, apabila mereka membeli buku, mereka membeli kerana mereka suka desain kavernya.

Ini berlainan dengan remaja yang sudah mempunyai penulis idola, di mana mereka membeli kerana mahu menyimpan koleksi lengkap semua novel penulis idola mereka.

Walaupun sudah mempunyai idola, dari masa ke masa mereka tetap mahukan desain kaver yang baru, segar dan unik serta berkenan di hati mereka.

Ini bermakna editor buku-buku remaja tidak boleh menggunakan desainer yang sama sahaja, sebab desainer yang sama sukar mencipta desain yang unik, yang segar, yang belum pernah digunakan oleh penerbit lain.

Ini juga bermakna desainer-desainer buku remaja tidak boleh mengharapkan bakat mereka semata-mata dan idea-idea yang sedia ada. Mereka perlu sentiasa mencari idea-idea baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Wajib Laporkan Pendapatan Royalti kepada LHDN walaupun Mungkin Tidak Dicukai Previous entry: Tip Menulis Emel kepada Editor
shafiq  on  08/16  at  02:19 PM

assalamu’alaikum kak.. selamat berpuasa. saya dah lama berhajat nak jadi pelukis kartun untuk pts sebab saya lihat pts boleh dipercayai dari segi pembayaran dan royalti. sekiranya akak ada projek-projek terbaru berkenaan penerbitan buku kanak-kanak, novel grafik, desain kulit buku atau apa saja yang memerlukan pelukis kartun dengan stroke yang berlainan daripada pelukis-pelukis sebelum ni, harap akak email lah saya. saya ada seorang kawan yang bekerja dengan pts komik-m iaitu aman wan. lukisan saya berbeza dengan dia dan mungkin lebih sesuai untuk jalan cerita yang lebih serius seperti komik atau novel2 perang dan konspirasi. harap dipertimbangkan permintaan saya. terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: