Mencari Editor untuk PTS ISLAMIKA
Kumpulan Syarikat PTS mempelawa mana-mana individu berkelayakkan bagi membina kerjaya sebagai EDITOR AGAMA bagi buku kanak-kanak dan remaja.
Kriteria asas calon yang dicari:
-
Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang AGAMA dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf kerajaan.(siswazah baru digalakkan memohon).
-
Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia.
-
Mempunyai minat dalam bidang penerbitan dan penulisan buku khususnya buku kanak-kanak dan remaja.
-
Mempunyai bakat kreatif dan pernah menulis atau menerbitkan sebarang karya kreatif.
-
Memiliki personaliti yang suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan.
-
Mempunyai disiplin mengurus kerja sendiri tanpa pengawasan orang lain.
-
Suka kepada kerja-kerja detail dan cerewet tentang kualiti kerja peribadi.
-
Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.
-
Keutamaan kepada calon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus.
Bagi calon-calon berkelayakan, sila emelkan resume kepada <.(JavaScript must be enabled to view this email address)> sebelum 23 JANUARI 2008.
(Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh tutup adalah tidak berjaya.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Orang Mesir tidak boleh mohon ke?
Saudara al-ustaz as-Syafiq!
Boleh! Malah itu yang kita cari! Bilakah saudara akan tamat pengajian? Jawatan itu perlu kita isi segera. Hehehe…
Post a comment