Mencari Penulis Buku Cerita Tentera
Pasaran untuk buku-buku perang dan ketenteraan sentiasa ada. Justeru kita mahukan lebih banyak judul dalam kategori ini.Majalah Perajurit dan Tempur dijual sekitar 15 ribu naskhah sebulan kepada pembaca remaja lelaki. Justeru peminat-peminta bahan bacaan kategori ini memang ada, isiunya sekarang adalah bagi mendapatkan lebih banyak penulis.
Bagi saudara yang kenal mana-mana anggota tentera yang berminat dalam bidang penulisan, mohon supaya perkenalkan mereka kepada kita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum;
Pegawai Perhubungan Awam kementah, Let. Kolonel Zalina adalah seorang penulis. Insyaallah saya akan maklumkan kepada beliau tentang berita baik ini.
——-
Saya tidak menjadi tentera tetap, tetapi pernah menjadi tentera simpanan kor 514 Rejimen Askar Wataniah, Bukit Beruang Melaka. Banyak kisah-kisah lucu sewaktu saya menjalani latihan sebagai tentera simpanan, paling lucu sewaktu dua minggu dan passing out 240 jam.
Oleh kerana Kompeni Delta (dikenali sebagai D Kompeni) adalah merupakan pasukkan yang paling akhir berbanding Alpha (A), Bravo (B) dan Charlie (C), kompeni kami dikatakan pasukan yang paling rapat dengan pasukan Jurulatih, tetapi sebenarnya paling banyak kena ragging sebab kebanyakan kami adalah budak-budak kampung yang patuh walaupun degil.
Kadang kala jurulatih pun kena dajal sekali. Saya ada membuat sebuah Novel bertajuk ‘REGIMEN’ tetapi saya berhenti setelah separuh jalan kerana merasakan bahawa dunia ‘ketenteraan’ kadang kala agak keras untuk orang awam.
Kita asyik menonton dan membaca tentang kehebatan US Navy SEALS, teringin pula hendak baca tentang PASKAL TLDM!
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Saya ada beberapa orang kawan yang masih berkhidmat dalam tentera dan yang sudah bersara, nanti saya tanyakan mungkin ada di antara mereka yang berminat.
Assalamualaikum Sifu,
Entri baru di http://studio.ibnuariff.com tentang Formula Hero Jepun.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menyokong langkah PTS menerbitkan buku cerita tentera dan boleh diperluaskan kepada pasukan polis juga nanti.Tidak terhad kisah berkisar pada angkatan bersenjata sahaja, cetusan idea ini boleh diperluaskan dimasa akan datang kepada pasukan seragam yang lain seperti paramedik,kakitangan wad kecemasan, bomba.
Seperti panaharjuna, saya pernah berkhidmat dalam tentera simpanan iaitu ‘Navy reserve’dan mendapat hadiah kawad terbaik dan menjadi parade commander semasa passing out. Sekarang tidak aktif lagi kerana komitmen yang tinggi kepada kerja.Sebagai peminat military book,dimana terdapat 2 kategori iaitu fiction dan non fiction,saya minat membaca buku tentera bahasa inggeris berkisar kisah French Foreign Legion, 1 unit dalam tentera darat Perancis yang mana rakyat negara asing boleh menyertainya. Sepanjang pengetahuan saya, belum ada rakyat Malaysia menyertainya tapi telah ada rakyat Indonesia menjadi anggotanya.
Buku ‘Letters from Iwo Jima ’ adalah buku cerita tentera semi fiction yang berjaya diadaptasi ke filem.Pada pandangan saya, buku cerita tentera ada peminatnya sendiri dinegara kita ini termasuklah saya.Diharap projek PTS ini tidak terhad kepada kisah pengalaman individu sahaja tapi diperluaskan lagi skopnya.
Post a comment