Wednesday, December 27, 2006

Mencari Penulis Novel Cinta Edisi 2.0

Apabila saudara mahu menulis novel cinta, perlukah saudara membaca banyak novel-novel cinta edisi 1.0 yang ada dalam pasaran, terutamanya karya ratu-ratu novel cinta seperti Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim?

Puluhan novelis cinta angkatan terbaru hari ini gagal melahirkan novel-novel cinta edisi 2.0 disebabkan mereka terlalu banyak membaca karya edisi 1.0 yang menyebabkan plot cerita dan gaya bahasanya dipengaruhi oleh karya yang mereka baca.

Bagi mendapatkan novel cinta 2.0, ada 4 strategi yang dapat dilakukan:

(1) Dapatkan penulis lelaki bagi menghasilkan novel cinta sub-genre war-romance, historical-romance, thriller-romance dan yang seumpama itu. Penulis lelaki cenderung dapat menghasilkan sub-genre ini.

(2) Dapatkan penulis perempuan yang mempunyai ciri (a) Tidak pernah membaca novel cinta sebelumnya, dan (b) Usianya sudah lebih 30 tahun.

(3) Gubal "piagam ISO in-house" bagi novel cinta yang dicari supaya dijadikan panduan oleh penulis.

Ketiga-tiga strategi di atas digunakan oleh PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tema Cinta 1.0 yang Sudah Basi Previous entry: Menanti Munculnya Novel-novel Cinta Versi 2.0
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  09:07 AM

Assalamualaikum…

Sekadar menambah,

d) Kisah cinta terlarang antara si kaya dengan si miskin.
e) Kisah cinta antara dua orang miskin, tetapi akhirnya terbongkar salah seorangnya adalah orang kaya.
f)KIsah cinta tak direstui orang tua
g)Kisah cinta siber

Silalah tambah lagi..
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  10:32 AM

h) Bercinta dan dapat tahu pasangan mendapat penyakit yang tidak boleh disembuhkan.

i) Cinta pura-pura bagi mendapatkan harta untuk kepentingan peribadi dan berakhir dengan kesengsaraan.

j) Bercinta dan berpisah kerana salah seorang terpaksa belajar keluar negara dan melupakan kekasih di kampung.

Apa lagi ye?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  10:38 AM

k)Bercinta dengan suami/isteri orang
l)Bercinta dengan ipar duai
m)Bercinta kerana terhutang budi
n)Percintaan guru/pelajar di sekolah, di universiti…

zeti  on  12/27  at  11:17 AM

Ingin menambah

o) Perempuan kerja kilang bercinta dengan lelaki kaya
p) Lelaki berkerjaya tetapi menghadapi masalah jiwa seperti kematian isteri, trauma dengan kisah silam
q) Perempuan yang berkerjaya tetapi sering kecewa ditipu lelaki
r) Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat jatuh cinta kepada wanita bagi membalas dendam
s) Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat mahu cari calon isteri sama seperti bekas isterinya yang telah meninggal dunia
t) Kisah cinta hebat antara dua insan akhirnya terlerai bila salah seorang meninggal dunia kerana kemalangan. Yang hidp merasa serik untuk bercinta lagi

grin

rastom  on  12/27  at  12:02 PM

Saya punyai pendapat berbeda. Kisah cinta yang paling mudah, walaupun biasa biasa saja, biarpun macam Uda dan Dara, pasti bagus jika benar benar dihidupkan “watak”. Yang banyak dalam 1.0 (yang dulu dulu) wataknya cukup lemah, biasa dan kurang menyengat.

zalisa  on  12/27  at  01:26 PM

ya, akhirnya saya dgn rasminya mengumumkan pendapat tuan rastom adalah terbaik! hehehe

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  02:47 PM

Saya baru selesai membaca buku Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburahman El Shirazy. Walaupun saya jarang-jarang membaca novel (apalagi novel cinta),saya terkesan juga dengan novel ini. Ini kisah cinta yang sangat indah dan agak luar biasa. Mungkin ada yang boleh dipelajari dari buku ini.

alang kelana  on  12/27  at  04:05 PM

Apa ada pada cinta 1.0 ya?
Semuanya lemah minda
Plot sekadar melepas di tangga
Bemotif kutip fulus semata-mata
‘Stereotype’ wataknya berdimensi dua

Hendakkan cinta 2.0 ya?
Yang indah dan bergaya?
Terokailah dengan sepenuh jiwa
Dan emosi yang kaya
Dihiasi kejujuran dan kesetiaan juga
Insya Allah laku dan berjaya
Lagi bagus kalau evergreen akhirnya…

Fable Fox  on  12/27  at  05:20 PM

Errr… maafkan saya, tapi cinta macam mana lagi yang tinggal? Adakah kita perlu samakan jenis cinta dengan jalan cerita? Tak kanlah nak tulis cinta lesbian?

sebagai contoh perempuan kilang dgn lelaki kaya. masalahnya banyak lelaki kaya yg pilih perempuan kilang (terutamanya gadis cantik), kerana mereka duduk rumah. Boleh kahwin wanita CEO, tapi 2 pagi baru balik rumah.

kita jgn ceritakan tentang miskin / kaya, tetapi cara wanita itu walaupun pekerja kilang berusaha menjadi ibu dan isteri mithali. walaupun duduk dapur, semua anaknya jadi org berjaya.

begitu juga bercinta dgn suami (isteri tak boleh) orang. selagi tuhan tak haramkan kahwin 4, kita tak boleh halang benda ini.

tak payah cerita pasal tarik rambut, tetapi bagaimana si suami berusaha medamaikan dan bersifat adil.

tentang lelaki berjaya mempunyai trauma. tahukan anda 1/10 rakyat malaysia mengalami masalah mental (mengikut artikel surat khabar). mungkin ini peluang untuk selitkan motivasi dan juga psikologi? agar si pembaca akan sedar, dan berjumpa ‘head shrinker’ (psikiatri).

Apa pendapat sifu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  06:38 PM

Seperti kata Tuan Rastom, watak perlu dihidupkan. Watak adalah tunjang cerita. sekiranya tunjangnya lemah, cerita akan collapse.

Tema yang cliche akan jadi menarik sekiranya cara penyampaian itu segar, tidak-terikut dengan gaya penceritaan versi 1.0. Jadi tidak akan muncul adegan di meja makan yang berulang-ulang (macam drama Melayu).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  01:01 AM

Nasib baiklah saya tidak pernah habis membaca novel cinta masa kini kecualilah “Ombak Rindu”. Jadi jiwa saya masih ‘suci’ dari dipengaruhi oleh jalan cerita mereka.

Cabarannya besar untuk mencipta kelainan. Mungkin boleh menggunakan formula “Ayat-Ayat Cinta’. Namun saya masih lagi mempercayai, kisah cinta biasa jika diolah dengan baik masih mampu mencipta kejutan. Produk yang baik walaupun biasa jika kena cara pemasarannya tetap diterima pembaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  05:23 AM

Ada tiga strategi yang digunakan oleh PTS, tetapi saya tertarik yang kedua. Bagaimana seorang wanita yang tidak pernah membaca novel cinta cuba menulis novel cinta? Usianya pula sudah melebihi 30 tahun.

Kalau ini berjaya memang hasilnya ada kelainan dari segi penulisan dan jalan cerita. Kerana tidak dipengaruhi oleh mana-mana buku novel cinta dan tentunya dah banyak pengalaman mengenai CINTA!

M.F KENCANA  on  06/07  at  12:16 PM

Saya ada sebuah novel cinta sains fiksyan. Adaptasi daripada sebuah skrip filem karya saya sendiri setebal 200 page.. Boleh hantar sini tak?sy sedang mencari penerbit yg betul-betul berminat. Sebab sy sgt sayangkan karya saya ini…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/03  at  09:17 AM

kisah cinta antara bos berbangsa cina yg tiada pegangan agama dan seorang engineer berbangsa melayu dan muslim. Cinta terlarang yang di sangkal hati si Hawa namun Ditawan hati si Adam. Bila mereka mengakui cinta mereka terlupa, Adam sudah dimiliki hawa sebangsanya. Si hawa pula dengan yakin berserah pada Allah jalan perpisahan yang terbaik Namun hingga kini perpisahan itu belum terjadi malah semakin menguatkan cinta mereka.
Adam- ” Syag apa itu ISLAM”
Hawa- “ISLAM itu bukan sekadar agama syg, ia penangan… Tiang kehidupan sy amat kukuh.. Selagi kita berpengang/ berpaut pada tiang itu kita tak akan rebah di telan arus duniawi.”
Hawa- “Syg, boleh i Bertanya mengapa i yang jadi pilihan?”
Adam-” I cannot describe how this word appear, i also cannot tell u why i am a man and you are woman. If Love can be formulated i will tell u why…”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/03  at  10:37 AM

Boleh mencelah buat menambah idea?

Bagaimana jika ditolak naratif unsur menipu di dalam membina karya misalnya berdasarkan dailog di bawah ini bagi melahirkan percintaan?
“I feel so down it seems bank not approved my business loan for some reason. Very soon I may get some maintenance contract from City Hall and other few contract but no point if lacking of fund to run the project:( Honestly it sometimes make me wanted to given up. If you interested you are welcome to fund. I need it quite urgent. Of course only if you trust me.”

Bagaimanakah dinafikan perbuatan dosa apabila lelaki beristeri mencari tempat meluahkan rasa dengan wanita bukan mahramnya sehingga tidak ada batas untuk menyukat haram halal di dalam perhubungan yang hanya boleh dilakukan oleh pernikahan?
Pada ketika yang sama pula bagi wanita yang bersuami tidak dibenarkan berhubung atau berinteraksi dengan lelaki lain walau pun tidak ada niat untuk melebihkan batas yang ditetapkan oleh syariat?
Misal hanya untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu usahasama dan sebagainya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.