Monday, September 27, 2010

Mencipta Pari-Pari

Bengkel menulis buku cerita kanak-kanak 5 & 6 tahun telah berlangsung semalam di sekolah al-Ikhlas. Fokusnya adalah mencipta cerita-cerita pari-pari versi yang syariah-compliant.

Salah satu idea menarik dibentangkan oleh Tuan Zamri Mohamad (foto). 

Beliau mencipta sepasang kasut yang mempunyai fungsi pari-pari. Dalam ceritanya itu, seorang kanak-kanak terjumpa sepasang kasut lama milik datuknya. Kasut itu pandai berkata-kata. Dia pun memakai kasut itu. Apabila dia mahu pergi ke masjid, kasut terasa sangat ringan dan dia dapat berjalan dengan pantas menuju masjid. Apabila dia mahu pergi ke kedai video game, kasut itu menjadi berat sehingga dia sudah penat sebelum tiba ke kedai itu....

Nota: Di bawah ini surat yang saya terima dari Tn. Zamri Mohamad:

Puan Ainon yang dirahmati Allah. Saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan dan dibukakan pintu rahmat dan berkat kepada Puan dan tim PTS. Mudah-mudahan para malaikat sudi mengaminkan dan Allah memakbulkan doa ini.

Merujuk kepada entri puan, Insya Allah saya membuka mana-mana penulis baru fiksyen yang pernah mengikuti bengkel Puan menjadi co-author bagi projek ini. Di mana saya bersedia menyusun ceritanya dan pecahan bab, manakala mencari penulisnya. Insya Allah, dalam situasi mengurus projek buku yang satu persatu ini, projek pari-pari pun saya usahakan cara Puan Fred dan Tuan Ashadi Zain dalam cara kerja gaya Adam Kecil.
Terima kasih.

ZAMRI MOHAMAD

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Tip Survival Penulis Novel Remaja: Dilema Memenuhi Kehendak Peminat yang Semakin Matang

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.