Sunday, January 01, 2012

Mencipta Persepsi Pekedai Buku

Penerbit hidup dengan membekalkan buku-buku kepada kedai buku. Kedai buku hidup dengan menjual buku-buku.

Bukan semua buku yang dibekalkan oleh penerbit diterima oleh pekedai. Mereka hanya mahukan buku-buku yang mereka FIKIR dapat dijual sahaja.

Salesman syarikat penerbitan datang ke kedai dan menunjukkan buku-buku terbaru kepada pekedai. Persepsi pekedai buku menjadi faktor paling kritikal dalam pemasaran buku. Apabila pekedai fikir buku itu laku dijual, baru mereka mahu buat order, jika tidak, maka tamatlah riwayat buku itu di kedai itu.

Target utama kempen-kempen pemasaran buku bukanlah supaya pembeli membeli buku, sebaliknya supaya pekedai buku mahu order buku. Ini kerana orang hanya membeli buku yang ada di dalam kedai buku.

Justeru penerbit perlu mendapatkan keyakinan pekedai bahawa buku yang terbaru diterbitkannya itu akan laku dijual.

Namun pekedai buku mempunyai persepsinya sendiri. Persepsi pekedai datang daripada pengalaman lalu. Jika pada masa lalu buku-buku seperti itu laku dijual maka pekedai terdorong mahu meng-order buku itu. Jika sebaliknya, maka dia tidak mahu meng-order.

Sebagai contoh, jika pada masa lalu novel cinta Islami tidak laku, maka pekedai tidak berminat meng-order novel-novel cinta Islami lagi, biarpun novel Islami yang terbaru itu bermutu tinggi.

Bagi pekedai buku, ruang rak bukunya adalah terhad. Ruang adalah wang. Dia hanya mahu buku-buku yang mendatangkan wang sahaja. Ruang di dalam kedainya bukannya setor tempat penerbit menyimpan buku-bukunya yang tidak laku.

Apabila sekali pekedai buku sudah mempunyai persepsi negatif tentang sesuatu kategori buku, amatlah sukar mahu mengubah persepsinya itu.

Sebagai contoh, apabila pekedai buku sudah mempunyai persepsi novel sastera terbitan DBP tidak laku, maka amat payah mahu meyakinkan pekedai supaya mahu meng-order novel-novel sastera terbitan DBP.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu Previous entry: Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: