Thursday, November 13, 2008

Mendam Berahi dan Otak Kaptif Pemimpin Melaka

Kata mantan profesor matematik-fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shaharir Mohamad Zain dalam interviunya dengan Aqil Fithri yang diterbitkan dalam akhbar SIASAH 9-15 November 2008 (ms43):

"...Dalam buku Sulalatus Salatin itu ada perihal bahtera Sultan Mahmud Shah ke Majapahit (abad ke-15 Masehi) yang cukup besar yang bernama Mendam Berahi.

Jika ada arkitek kini membaca dan menelitinya nescaya akan dapat melahirkan sebuah bahtera Melayu yang cukup bitara (unik) mengatasi kapal Alfonso de Albuqarque (Feringgi/Portugis), Flor de la Mar, yang dengan tanpa bijaksananya dibina semula dan dilabuhkan di Melaka sekarang. Entah untuk apa selain meng-inferior-kan jiwa-jiwa Melayu kini.

Sepatutnya kerajaan Melaka membina semula kapal Mendam Berahi itu.... Begitulah terjajahnya minda para pemimpin Melayu moden kita." 

Nota: otak kaptif = captive mind. Otak yang sudah ditawan dayafikirnya oleh penjajah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Projek 25,000 Laptop di Terengganu: Adakah DBP akan Menjaga Hakcipta Penulisnya Previous entry: Kedudukan Hakcipta Terjemahan Karya Harta Awam
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/11  at  03:26 PM

Bila orang-orang Islam dijajah, itu bukanlah petanda akan kuatnya kaum penjajah itu. Itu hanyalah petunjuk akan betapa lemahnya orang Islam itu. Orang-orang Islam mereka telah mengakui Tuhan yang sebenar yang mentadbir seluruh alam. Mengapakah Tuhan Pentadbir seluruh alam semesta ‘membiarkan’ kaum yang mendurhakaiNya menguasai kaum yang menyembahNya? 
—————-
Barangkali itu cuma helah psikologi bagi menyukakan pelancung daripada negara Barat. Bila seseorang dalam kegembiraan, maka terdapat kecenderongan untuk mereka berbelanja lebih. Bila mereka berbelanja lebih, kita beruntung. Lebih seronok mereka, lebih galak mereka berbelanja. Lebih banyak mereka berbelanja, lebih berutung kita. Barangkali? Barangkali!

rastom  on  11/11  at  07:09 PM

as-Sheikh arrantaui, (dengan izin SifuPTS):

Sedikit sebanyak saya dapat juga selami psikologi para pelancong yang ke sini. Mereka lebih suka kepada benda benda lokal, yang tempatan yakni yang tidak ada di tempat mereka seperti rumah kayu/papan, gobek sirih, artifak yang original lahirnya di sini.

Contoh paling ketara ialah ketika para pelayar kapal layar jenis yacht berlabuh di Langkawi suatu ketika dahulu, ramai yang saya temui amatlah mendam berahi dengan kapal layar kayu buatan tangan dari Terengganu. Tiada tolok bandingnya kehalusan seni bikin perahu layar oleh Tuan Haji Lah Pulau Duyung. Kerana pesanan terlalu banyak mereka terpaksa juga ke Indonesia - yakni pilihan kedua untuk menempah kapal layar buatan tangan yang pada anggapan mereka agak sedikit kasar seninya tidak seperti yang ada di Terengganu.

Saya pun hairan, sehingga kini masih kurang diberi pengiktirafan dan insentif untuk industri bikin bot kayu ini - yang buat guna fiberglass adalah, tetapi ini sudah terlalu banyak dan amat komersial.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/11  at  10:28 PM

Saya juga berasa seperti Tuan Rastom. Pelancung, bila mereka pergi jauh dari rumah, maka mata mereka mencari bentuk-bentuk yang asing daripada yang biasa mereka tatap tiap hari.
Cuma saya menulis sebelumnya dengan gaya ‘perli’. Bila masyarakat barat mereka lihat warisan datuk nenek moyang mereka yang menjajah dulu diperingatkan kepada mereka (oleh orang yang dulu kena jajah), mereka berasa seronok….

———————
Mendam berahi mengikut kamus dewan bermakna ‘lupa daratan’

Harun  on  11/12  at  09:34 AM

Arrantaui,

Salam. Saya fikir, teori piskologi Tuan tidak tepat sama sekali. Saya suka melancong dan saya lebih gemar melihat budaya tempatan negara yang saya lawat.

Fikirkan… kalau model Kapal Mendam Berahi dibina dan dijual pula versi model mainan di sekitar Melaka, pasti ia menjadi model ‘hot’ di kalangan pelancong.

Fakta: Belacan dan Cencalok adalah dua barang yang paling banyak dibeli oleh pelancong asing berbanding pelancong tempatan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/12  at  10:41 AM

Tuan Haron tepat sekali fasal pelancung-pelancung itu yang mencari-cari budaya tempatan. Tiada keraguan padanya. Cuma Tuan agak tidak tepat dalam memahami maksud tulisan saya. Tidak apa, kerana cara penulisan saya yang tidak tepat lalu menghasilkan tanggapan yang tidak tepat juga.

Saya cuma mengguna gaya bahasa ‘perli’. Kekadang diguna oleh orang yang tidak punya kuasa dan tidak sampai kepada yang mereka yang berkuasa. Lenggok bahasa ini banyak kali diguna oleh TUN Dr. Mahathir, bukan Dr. Mahathir.

Bila pelancung datang mereka SUKA lihat benda-benda dan budaya tempatan. Apabila melihat KESAN TANGAN-TANGAN NENEK MOYANG mereka yang tinggal dalam budaya tempatan yang mereka lawati, mereka menjadi BANGGA sebagai tambahan kepada suka. Baiknya kita; dengan cara menyukakan mereka dengan perkara yang menyedihkan kita.

rastom  on  11/12  at  12:52 PM

as Syeikh arrantaui:

Apakah ente pelajar/pensyarah lughatul arabi? Ada unsur unsur balaghah tinggi dalam tulisan. Saya cadang elok juga tulis buku bab teknik dan stail bahasa Arab yang pelbagai itu untuk pembaca Melayu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/12  at  01:37 PM

Tuan rastom, saya hanyalah pelajar B. Arab aras tadika (sedikit muballangah). Tuan pula, pensyarah B.Arab?

Saya belajar inisiatif sendiri. Saya berasa ‘terpaksa’ belajar kerana AlQuran itu dalam Arab dan AlQuran itu induk ilmu.  Teringat saya kata-kata Zamaksyari, pentafsir alQuran: “alhamdulillah kerana saya menjadi seorang alim bahasa Arab”.

Oleh sebab itu, Tuan, belum lagi saya layak menulis buku teknik Arab walaupun saya suka cadangan Tuan itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/12  at  05:21 PM

Salam untuk Puan dan juga pengunjung ke laman ini.

Kepada Tuan As-syeikh Arrantaui [dengan izin Tuan Rastom (sebab ana pinjam panggilan ini daripada Tuan) dan Puan yang empunya laman], pohon maaf kerana mencelah antara hujah-hujah Tuan.

Sahaya pohon dapat kiranya As-Syeikh membetulkan kekhilafan pada ejaan pelancung kepada pelancong. Makna pelancung itu pencuri, tentulah tidak tepat dalam konteks perbicaraan As-Syeikh yang sebenarnya merujuk kepada pelancong.
Sekian saja selingan sahaya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/12  at  11:25 PM

Tuan Suhaimi Hj. Khalid, janganlah panggil syeikh kerana rambut hitam belum ditewaskan rambut putih.  Terima kasih kerana membetulkan kesalahan ejaan saya. Maka sahihlah salah ejaan saya itu, bukan khilaf lagi.

business opportunity  on  07/04  at  05:26 PM

Tuan rastom, saya hanyalah pelajar B. Arab aras tadika (sedikit muballangah). Tuan pula, pensyarah B.Arab? domain registration

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: