Menentukan Jumlah Cetakan Pertama
Nota: Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan MBA-san.
Apabila saudara hendak menerbitkan buku-buku untuk jualan dalam kedai-kedai buku, berikut adalah panduan umum, tetapi tidak termasuk novel cinta popular.
(a) 1500 naskhah
Jumlah ini sesuai bagi buku-buku semi-akademik dan profesional yang dijual pada harga lebih RM20.
(b) 2000 naskhah
Jumlah ini sesuai bagi buku-buku bacaan umum yang dijual antara RM16 - RM19.
(c) 3000 naskhah
Jumlah ini sesuai bagi cetakan pertama buku karangan penulis yang sudah terbukti buku-bukunya mudah dijual sebab beliau mempunyai peminat yang ramai. Termasuk dalam kategori ini adalah buku sastera remaja.
Cetakan pertama adalah ujian bagi mengetahui apakah judul itu laku dijual. Jikalau terbukti laku, tiada masalah mengulangcetak judul itu. Jikalau tidak berapa laku, jumlah yang kecil itu adalah cara menguruskan risiko.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hm.. begitu rupanya. Sudah lama tidak dapat mengemaskini bahan di blog. Sibuk menguruskan program.
Kenapa ada novel yang jurang perbezaan mukasurat/ketebalan bukunya tinggi, tetapi harganya tetap sama?
——-
Post a comment