Wednesday, November 30, 2005

Menerbitkan Buku Re-make

Dalam perbincangan kita dengan En. Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf21, beliau mengemukakan idea yang bagus, iaitu kemungkinan para pengarang besar negara kita ini membenarkan karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi 're-make'.


Penerbitan re-make bukan idea baru dalam industri penerbitan filem dan muzik. Semua filem dan lagu-lagu yang pernah mendapat sambutan hangat diterbitkan semula dalam bentuk re-make.


Namun idea ini belum dilakukan dalam dunia sastera Melayu. Di Indonesia sekalipun, karya-karya klasik moden diterbitkan semula persis bentuk lamanya, bukan dalam bentuk edisi re-make.


Adakah pengarang-pengarang kita seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Adibah Amin dan Abdullah Hussain akan setuju jikalau karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi re-make? Bagimana pula dalam kes pengarang yang sudah meninggal dunia seperti Usman Awang dan Keris Mas? Adakah pewaris hakcipta karya mereka akan membenarkan karya-karya itu diterbitkan semula dalam bentuk re-make?


Kita percaya idea En. Norden Mohamed itu baik untuk dunia sastera Melayu dan industri buku negara kita. Diharapkan para pengarang kita dapat melihat manfaat idea tersebut kepada mereka.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Produk untuk Remaja Lelaki Previous entry: Trend Pasaran Kaset, CD dan Buku
Rozz  on  11/30  at  11:52 AM

Tak salah mencuba…re make mungkin akan memeriahkan lagi dunia sastera Melayu. Tetapi pasti adal risiko kepada penulis…kerana lagu dan filem amat berbeza dari dunia pena dan kertas. Menikmatinya pun dengan cara berbeza.
——-

Ainon Mohd.  on  11/30  at  06:02 PM

Sdr Rozz,

Betul kata sdr itu. Kita perlu mencari formula lain bagi re-make karya sastera.

ibnurabi  on  12/02  at  09:01 AM

Karya klasik di barat seperti Leo Tolstoy, Shakespeare,Henry James, Thomas Hardy,Charles Dickens dan ramai lagi, masih diterbitkan dalam pelbagai edisi,(Library edition, low cost edition, Junior edition, student edition, Popular edition, Illustrated edition dan banyak lagi). Sebab dengan cara yang sedemikian menjadi sesebuah karya tersebut boleh dibaca oleh semua tanpa mengira zaman atau waktu. Karya tanpa tarikh luput atau ‘expired date’.

Ainon Mohd.  on  12/02  at  12:01 PM

Sdr Ibnurabi,

Terima kasih atas maklumat yang sdr beri tu. Saya ambil perhatian akan hal ini. Saya ada projek re-make lain, iaitu bukan re-make buku-buku sastera Melayu (yang ini biar En. Norden ALAF21 teruskan sebagai projek beliau, sebab memang beliau akan buat projek ini).

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: