Thursday, September 27, 2012

Menerokai Pasaran Buku Audio dalam Bahasa Melayu

Saya peribadi sedang mula menerokai pasaran buku audio dalam Bahasa Melayu.

Buku audio sudah lama wujud. Buku-buku bisnes dan motivasi yang bestseller dalam bahasa Inggeris semuanya ada edisi audionya.

Ada 2 jenis buku audio:

1. Buku cetak yang dibaca dan dirakamkan.

Lazimnya, buku jenis ini dijual dalam bentuk kaset ataupun CD bersama-sama dengan buku cetaknya. Justeru, kandungan buku cetak dan buku audionya adalah serupa.

Baik buku fiksyen mahupun non-fiskyen, kedua-duanya dapat dijual sebagai buku audio.

2. Buku audio yang bukan buku cetak.

Buku audio jenis ini seperti ceramah, tetapi ia lebih berstruktur daripada ceramah, seakan-akan buku konvensional.

Pasaran buku audio dalam bahasa-bahasa lain sedang berkembang dengan pesatnya. Saya menerokai pasaram kedua-dua jenis itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memilih Suara Pembaca untuk Rakaman Buku Audio dalam Bahasa Melayu Previous entry: Pasaran Novel Popular
Resha Hamzah  on  09/28  at  02:40 AM

sharing is caring, jazakallahukhair

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.