Thursday, December 17, 2009

Menetapkan Berapa Diskaun untuk Pengedar dan Agen

Sebagai penerbit buku, salah satu perkara yang perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati adalah isu menetapkan berapa banyak diskaun yang mahu diberikan kepada pengedar, agen, kontraktor, kedai-kedai buku, penulis, staf dan lain-lain pelanggan.

Sebaik-baiknya, sebelum kita memulakan bisnes, bercakap-cakap dahulu dengan penerbit-penerbit lain bagi mendapatkan maklumat yang betul berkenaan jumlah diskaun yang banyak diamalkan dalam pasaran.

1. Berlainan produk, berlainan amalan diskaunnya.

Sebagai contoh, pengedar buku kanak-kanak di bawah usia 5 tahun seperti buku belajar mewarna, membaca dan menulis selalunya meminta diskaun yang 'gila-gila', yang tidak masuk akal, yakni lebih daripada 50% harga jualan buku. Malah ada yang mahukan diskaun sehingga 70%.

2. Berlainan penerbit, berlainan diskaunnya.

Tidak ada 2 buah penerbit yang mengamalkan diskaun yang betul-betul serupa. Semakin terkenal dan semakin laris buku-buku terbitannya di pasaran, semakin penerbit itu cuba mengurangkan diskaunnya. Penerbit yang sangat laris buku-buku terbitannya mungkin berdaya memaksa pengedar dan agen membayar tunai!

3. Berlainan pengedar dan agen, berlainan kadar diskaun.

Semakin terkenal dan semakin besar sesebuah pengedar dan agen, semakin mereka cuba mendapatkan setinggi-tinggi diskaun kerana mereka mempunyai keupayaan mengedarkan jumlah yang besar.

Amalan PTS:

PTS mengamalkan kadar diskaun yang standard bagi semua pengedar dan agen. PTS tidak memberi layanan istimewa kepada mana-mana pengedar, kedai buku, kontraktor ataupun agen. Apa yang ditawarkan kepada sesebuah pengedar, itu jugalah yang ditawarkan kepada semua pengedar lain.

Walau bagaimanapun, PTS menawarkan struktur diskaun yang progresif, bermula daripada 30% naik kepada 45%, di mana semakin besar nilai akaun pengedar itu dengan PTS maka semakin tinggi kadar diskaun yang diberikan. Sistem ini adalah bagi menggalakkan sesebuah pengedar itu menjual lebih banyak buku PTS.

Diskaun yang diberikan oleh PTS bergantung kepada berapa banyak nilai buku yang mereka pesan, iaitu nilai invois. Apabila nilai invois pengedar melebihi RM250,000 selepas diskaun setahun, ia layak menerima diskaun maksimum 45%.

NOTA: Dengan memberikan kadar diskaun maksimum 45%, margin keuntungan PTS tinggal 3% sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Trainer Tidak Perlu Pandai Bercakap Previous entry: Ulangcetak Mengejut kerana Stok dalam Gudang PTS Habis Licin
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  09:35 AM

Maklumat yang sangat bermanfaat. Terima kasih sifu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/27  at  09:31 PM

salam..
sy berminat mahu menjadi agen bagi jualan buku2/novel..
jika ada maklumat bg sy,boleh msj/call.. 0173616550..tq

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: