Mengajar Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Seni Rekacipta adalah Amat Murah
Katakanlah, kita mahu para pelajar mencipta botol kicap yang lebih baik.
Langkah 1: Mula-mula suruh pelajar supaya ambil 1 botol kicap yang ada di rumahnya, dan bawa ke sekolah.
Langkah 2: Gunakan senarai semakan seperti berikut bagi menghasilkan bentuk-bentuk botol kicap lain.
a. Bolehkah botol itu ditinggikan? Kalau boleh, cuba lukis rupa bentuk botol kicap itu. Tuliskan semua kelebihan dan kekurangan bentuk baru itu.
b. Bolehkah botol itu direndahkan? Kalau boleh, cuba lukis rupa bentuk botol kicap itu. Tuliskan semua kelebihan dan kekurangan bentuk baru itu.
c. Bolehkah botol itu besarkan? Kalau boleh, cuba lukis rupa bentuk botol kicap itu. Tuliskan semua kelebihan dan kekurangan bentuk baru itu.
d. Bolehkan botol itu dikecilkan? Kalau boleh, cuba lukis rupa bentuk botol kicap itu. Tuliskan semua kelebihan dan kekurangan bentuk baru itu.
e. Bolehkah botol kicap dibuat seakan-akan botol minyak wangi? Kalau boleh, cuba lukis rupa bentuk botol kicap itu. Tuliskan semua kelebihan dan kekurangan bentuk baru itu.
...dan begitulah seterusnya. Jumlah senarai semakan itu dapat ditambah menjadi berpuluh-puluh.
Bagi setiap semakan itu, ia dapat menghasilkan banyak bentuk botol kicap baru.
Selepas para pelajar menghasilkan idea-idea botol kicapnya, ajar pula senarai penilaian idea kerana belum tentu semua bentuk botol baru itu bersifat praktikal dan sesuai dikeluarkan bagi tujuan komersial.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya setuju dengan pendapat sifu. Satu lagi kaedah yang efektif adalah melalui pencarian dan pembacaan di internet. Laman berikut saya dapati sangat informatif untuk guru-guru RC.
http://www.education-world.com/a_lesson/index.shtml
Sikit info Sifu,
Dalam dunia sebenar, biasanya kos akan menjadi salah satu faktor besar dalam penentuan satu rekabentuk. Dalam praktis kejuruteraan, selalu digunakan ‘value engineering’ bagi memastikan rekabentuk itu memang menggunakan sepenuhnya kos yang telah ditentukan. Perekabentuk akan cuba mencari satu titik dimana praktikal, kos dan nilai estatik akan dapat dicapai secara optimum.
Sekian.
p/s:saya rasa masa dulu dah diajar membuat projek kemahiran hidup dalam kos yang optimum, tapi tak pasti pula subjek rekabentuk sekarang macamana…
Saya tertarik dgn penulisan dan idea menarik mgenai kemahiran berfikir…. ramai tak penulis malaysia yang menerbitkan buku seumpama ini?
allwee
Berapa banyak lagi buku yang puan hendak anak-anak kami beli? Tidak cukup beratkah beg anak-anak kita sejak KBSM diperkenalkan?
Saya mohon Puan Ainon menulis untuk kebaikan anak-anak kita dan bukan untuk poket sendiri.
Bapa Prihatin yang tidak faham-faham.
Sifu tidak menyuruh bapa prihatin beli buku-buku tersebut. Adakah Sifu menyatakan yang Bapa Prihatin perlu beli buku tersebut untuk anak-anak Bapa Prihatin.
Sifu tidak kata pun yang buku itu perlu dibawa ke sekolah. Bapa Prihatin sudah lupakah sekarang PTS sudah ada Mobile Book. Buku itu tidak perlu dibawa ke sekolah, Bapa Prihatin boleh membacanya di rumah bersama anak-anak Bapa Prihatin. Fahamkah?
Hairanlah saya kenapa Bapa Prihatin berfikir bahawa buku itu mesti dibawa ke sekolah. Tak perlulah, En. Bapa Prihatin.
Post a comment