Wednesday, December 20, 2006

Mengapa BM Tinggi Kekal Evergreen

Apabila saudara mahu karya saudara kekal evergreen selama berpuluh-puluh tahun, tulislah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Bahasa Tinggi adalah bahasa yang stabil:

(a) Peraturan tatabahasa BMT stabil.

Struktur ayat dan sistem penambahan BMT kekal tidak berubah-ubah, sejak zaman berzaman. Itu sebabnya kitab-kitab Melayu lama masih dapat dibaca hari ini. Yang berubah cuma gaya bahasanya. Strukturnya kekal serupa.

Tatabahasa BMT Malaysia serupa dengan tatabahasa BMT Indonesia, oleh itu karya penulis Malaysia lebih mudah difahami oleh pembaca Indonesia.

Banyak ayat dalam BMR adalah salah tatabahasanya. Ayat "baik punya cilok" adalah salah tatabahasnya. Ayat ini langsung tidak difahami di Indonesia.

Tatabahasa yang betul adalah "cilok yang baik", kalau ayat ini, sekurang-kurangnya orang Indonesia dapat memahami sebahagian makna ayat itu.

(b) Perbendaharaan kata BMT stabil.

Perkataan-perkataan BMT yang digunakan 50 tahun yang lalu, masih digunakan sekarang, dengan makna yang tidak berubah, maka itulah sebabnya karya itu dapat difahami dalam tempoh yang panjang.

Dalam BM Rendah terdapat banyak perkataan baru yang muncul tetapi usianya tidak panjang, hanya setahun ataupun dua tahun sahaja, selepas itu tidak digunakan lagi, sebab sudah timbul pekataan-perkataan yang lebih baru.

Banyak perkataan dalam BMR tidak tercatat dalam kamus, oleh itu apabila buku itu dibaca 10 tahun kemudian, orang tidak tahu maknanya, tetapi dalam kamus pun tidak ada.

Perkataan BMR "cilok" baru dicipta dan ia tidak ada dalam kamus. Perkataan ini tidak difahami di Indonesia. Besok lusa perkataan "cilok" itu tidak digunakan lagi.

(c) Frasa-frasa idiomatik BMT stabil.

Frasa-frasa dan bunga-bunga bahasa yang digunakan dalam BMT adalah stabil. Peribahasa dan perumpamaan yang digunakan dalam BMT ada direkodkan dalam kamus-kamus umum dan kamus-kamus peribahasa.

Sebagai penulis, tulislah buku yang bertahan lama dalam pasaran, dengan demikian saudara dapat menikmati royalti lebih banyak dan lebih lama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berkarya untuk Pasaran Malaysia dan Indonesia Previous entry: Mengapa Filem P. Ramlee Evergreen
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  10:32 AM

Maka tidak hairanlah kalau pelajar Melayu boleh kandas dalam BM.  Kesilapan menggunakan BMR dalam kehidupan seharian mengelirukan bila berhadapan dengan BMT.

Lebih-lebih lagi bila anak Melayu merasakan tidak perlu susah-susah belajar bahasa Melayu kerana sudah dilahirkan sebagai orang Melayu!
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.