Thursday, July 24, 2008

Mengapa Buku-buku Ini Diletakkan Pada Paras Kasut

En. Vovin (PTS One) dan En. Mat Jan (PTS FORTUNA) kerap pergi ke kedai-kedai buku sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan mendapatkan maklumat terkini tentang trend jualan buku. Mereka berdua masih solo, oleh itu mereka mempunyai banyak masa pergi ke mall-mall di mana terdapat kedai-kedai buku. Mereka juga kuat membaca.

Apabila masuk ke kedai buku, mereka mengkaji buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain, melihat sendiri bagaimana pengurusan outlet melayan buku-buku PTS, dan juga mengkaji trend jualan buku-buku PTS. 

Di beberapa buah outlet MPH, buku-buku di atas disusun bersama-sama dengan buku kanak-kanak. Kanak-kanak tidak membeli buku-buku seperti itu. Orang dewasa pula tidak pergi ke zon rak kanak-kanak.

Di sesetengah kedai, buku-buku ini diletakkan bersama-sama buku-buku sastera berat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Di KINOKUNIYA, buku-buku ini diletakkan di para paling bawah, yakni atas lantai, pada paras kasut!

Salah satu punca novel-novel ini diletakkan di para paling bawah adalah disebabkan saiz.

Novel-novel ini lebih besar daripada saiz novel-novel popular. Akibatnya, ia tidak muat jika hendak diletakkan bersama-sama dengan novel-novel popular itu. Disebabkan rak paling bawah adalah lebih tinggi, maka di situlah yang muat! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mega Sale Buku-buku PTS di BADAN CEMERLANG Plaza Angsana Johor Baru (5 Julai - 5 Ogos) Previous entry: Hati-hati Pengguna Maybank2U
Amiene Rev  on  07/24  at  02:09 PM

Di MPH City Square pun sama.

Sebab itu dulu-dulu saya sudah kata, mahu novel yang kecil. Harap-harap edisi terbaru nanti, saiznya kecil macam novel-novel sci-fi dari Barat.

Saya suka novel yang kecil, tetapi nampak tebal. Membeleknya pun rasa puas hati.

Pokoknya bukunya kecil tetapi nampak tebal. Membacanya pun tidak terasa berat biarpun tebal, sebab kita tahu buku itu kecil. Ini perasaan yang sungguh menyeronokkan. Barangkali bisa membuatkan pembeli ketagih membeli buku-buku seperti ini.

Buku yang bersaiz kecil (format saiz buku-buku novel dari Barat) nampak menarik, kemas dan seronok dipegang dan dibawa ke mana-mana, juga seronok untuk dibaca, biarpun kadangkala ada yang cover depannya tidak banyak grafik atau ilustrasi.

Saiz buku yang kecil seperti itu sendiri, memiliki aura tarikan dan kekuatan memujuk dan mempromosi supaya saya (saya sendirilah, orang lain saya tak tahu macam mana pandangannya, kan?) membelinya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: