Wednesday, July 01, 2009

Mengapa Buku Cerita Bacaan Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu Tidak Banyak di Kedai Buku

Mengapakah tidak tidak banyak buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu di kedai-kedai buku? Braket usia kanak-kanak adalah antara 5 - 8 tahun.

Banyak orang salah sangka tentang buku cerita kanak-kanak. Mereka menyangka disebabkan buku cerita kanak-kanak nipis, maka tentulah ia mudah diterbitkan.

Sebenarnya, menerbitkan buku cerita kanak-kanak adalah lebih susah dan lebih mahal daripada menerbitkan buku untuk remaja dan dewasa.

Pertama, buku cerita kanak-kanak memerlukan banyak lukisan empat warna. Kos membeli lukisan empat warna yang cantik adalah sangat mahal. Pelukis-pelukis di negara ini pula mahukan bayaran tunai sebaik-baik lukisannya diterima oleh penerbit. Mereka tidak berminat dengan skim royalti.

Kos membuat filem empat warna adalah mahal.

Begitu juga kos mencetak halaman empat warna adalah mahal.

Para penulis cerita kanak-kanak juga, entah mengapa, lebih suka menjual hakciptanya dengan bayaran tunai. Faktor-faktor ini menaikkan bayaran 'up-front' yang mesti ditanggung oleh penerbit.

Bukan setakat itu sahaja! Walaupun kos pengeluaran buku cerita kanak-kanak berlipat ganda lebih mahal daripada buku bacaan orang dewasa, buku kanak-kanak tidak dapat dijual dengan harga mahal, disebabkan mentaliti ibu bapa di negara ini yang menggunakan logik "Buku budak takkan mahal?"

Ibu bapa negara ini mempunyai mentaliti buku nipis tentu lebih murah daripada buku tebal. Mereka tidak faham bahawa buku tebal hitam putih amat murah kos cetaknya. Manakala kos mencetak halaman 4 warna adalah 4 kali ganda lebih mahal.

Inilah faktor-faktor yang menyebabkan tidak banyak penerbit mahu masuk ke dalam sektor buku kanak-kanak. Ibu bapa mahukan buku cantik, kertas baik, cerita bagus, tetapi tidak sanggup membayar harga yang setimpal dengan kos yang ditanggung oleh penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Terbaru untuk Guru dari PTS Previous entry: Novel remaja Terbaru PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: