Mengapa Ada Manuskrip Lambat Masuk Tetapi Cepat Terbit
Salah satu faktor yang mematahkan semangat penulis untuk mula menulis buku baru seterusnya adalah buku yang sudah diserahkan kepada penerbit masih belum terbit.
Dengan andaian penerbit saudara adalah penerbit yang efisien cara kerjanya, tetapi kes buku saudara lambat terbit, manakala buku-buku lain cepat terbit, tentu saudara hendak tahu mengapa.
Penerbit tidak menggunakan logik "manuskrip buku yang masuk dulu, terbit dulu".
Bisnes penerbitan dan pemasaran buku mempunyai logiknya sendiri. Sesetengah buku laku dijual sepanjang tahun, manakala sesetengah buku laku bermusim.
Penerbit buku mempunyai takwim penerbitan buku.
Sebagai contoh, buku panduan bagi ibu-ibu yang hamil kali pertama dapat dijual sepanjang tahun. Buku panduan naik haji mula laris bermula dua bulan sebelum musim haji tiba.
Buku-buku agama dan resipi biskut dan kek pula amat laris pada bulan puasa!
Justeru, jika saudara menghantar kepada penerbit buku resipi biskut dan kek pada bulan puasa tahun ini, malanglah nasib manuskrip saudara itu. Tunggulah sampai tiba bulan Ramadhan tahun depan....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam;
Bagaimana pula dengan manuskrip yang cepat masuk tetapi tidak keluar-keluar buku atau berita mengenainya?.
:-(
Tuan MBA,
Bolehlah diminta maklumat kepada editor akan jadual penerbitan manuskrip itu. Gunakan teknik menulis surat seperti yang pernah saya terangkan. InsyaAllah, editor suka membaca surat tuan itu nanti dan segera membalasnya! Amin.
Post a comment