Wednesday, July 30, 2008

Rungutan Buku PTS Tidak Dijual di Kedai Majalah

Kita menerima banyak rungutan daripada peminat buku-buku Melayu kerana buku-buku PTS hanya dibeli di kedai-kedai buku besar sahaja, tidak di kedai-kedai buku kecil dan di kedai-kedai majalah. Keadaan ini menyusahkan pembaca mencari buku-buku PTS.

Sifu bercakap tentang isu ini kepada Tuan Zain Nassri Aziz, timbalan pengurus Jabatan Sales PTS. Beliau pernah menjalankan kajian potensi mengedarkan siri Komik Malaysia dan novel-novel PTS di kawasan Pudu Raya, Kuala Lumpur.

Hasil kajian beliau mendapati, di kawasan Pudu Raya terdapat 10 buah gerai majalah yang juga menjual komik dan surat khabar. Daripada 10 buah itu, 6 buah gerai dapat menjual majalah dengan laju, manakala 4 gerai lagi tidak berapa laju.

Di 6 gerai yang laju itu, mereka dapat menjual purata 300 unit majalah dan 300 unit majalah komik sebulan. Ini menunjukkan orang-orang yang naik bas di Pudu Raya banyak membeli majalah dan komik, kurang sekali membeli buku.

Hanya ada 1 gerai buku di Pudu Raya yang menjual buku-buku topseller PTS seperti Salju Sakinah, Rahsia Bisnes Orang Cina, buku-buku Dato' Dr. Haron Din, dan Dato' Dr. Fadhillah Kamsah. Kedai itu juga menjual novel-novel cinta Alaf21, tetapi tidak banyak, hanya judul-judul terpilih sahaja.

Di kedai itu, buku-buku PTS dipamerkan dengan menonjol sekali. Kedai itu mengambil bekalan buku-buku PTS daripada pengedar, tidak dari PTS. Jadi pengedarlah yang memberitahu buku-buku PTS yang mana yang paling laju jualannya.

Menurut Tuan Zain lagi, memang ada potensi jika PTS mahu mengedarkan siri Komik Malaysia di kedai-kedai majalah, tetapi kerjanya amat renyah. PTS mesti mempunyai salesman khusus, dan mesti membeli van.

Salah satu ciri tuan-tuan punya kedai majalah itu adalah mereka tidak pandai membaca invois seperti yang digunakan oleh PTS, jadi sistem invois khusus diperlukan untuk kedai-kedai majalah itu. Malah salesman mesti membawa kalkulator sebab tuan-tuan punya kedai itu 'main tunai'.

Pada masa ini budaya bisnes PTS adalah budaya korporat. Sistem inventori, billing dan kewangan PTS diuruskan menggunakan sistem komputer dari SAP. Ini menyebabkan PTS tidak pandai berniaga dengan kedai-kedai kecil yang mengamalkan 'budaya towkay'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Kedai Buku: Fenomena Impulse-buying dan Jualan Buku Previous entry: Sukarnya Menentukan Judul Favorit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  09:30 AM

Salaam.. saya dah beberapa kali cuba untuk berhubung dgn PTS mengenai hasrat saya untuk menjadi pengedar dan menjual buku2 PTS.. daripada email kepada telephone.. dan menghantar email kpd yg berwajib tetapi nampaknya tiada respon atau reply kembali. saya bersangka baik pekerja yg berwajib sibuk.. oleh itu saya telah menangguhkan hasrat saya kepada hari2 yg lain…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.