Monday, November 20, 2006

Mengapa Buku Terbitan DBP Tidak Ada di Kedai

Di bawah perjanjian penswastaan DBP, DBP adalah penerbit, manakala DAWAMA adalah pengedar dan pencetak tunggal bagi DBP.Dari sudut prinsip bisnes, apabila buku-buku DBP tidak ada di kedai, itu bukan salah DBP, tetapi salah DAWAMA.

Namun DBP tetap ada salahnya. Meskipun DBP sudah lama tahu buku-buku terbitannya tidak ada dalam kedai-kedai utama, DBP tidak mengambil tindakan disiplin ke atas DAWAMA. Ini adalah situasi yang luar biasa.

Tidak ada salahnya DBP melantik SATU pengedar tunggal bagi pasaran dalam dan luar negara. Yang salahnya adalah DBP tidak memonitor prestasi pengedar tunggalnya.

Bisik-bisik yang kita dengar mengatakan pegawai tinggi DBP yang bertanggungjawab memonitor DAWAMA tidak pernah walau satu kali pun turun padang dan pergi menjalankan spot-check di kedai-kedai bagi menyiasat sejauh mana kedai-kedai itu berpuas hati dengan servis khidmat pelanggan DAWAMA.

Dalam amalan bisnes yang baik, penerbit akan segera mengambil tindakan disiplin ke atas pengedar tunggalnya apabila didapati prestasi pengedar itu tidak mencapai target yang diberikan.

Pengurus Besar Jualan sebuah rangakaian kedai buku utama menyatakan rungutannya kepada kita tentang bagaimana susahnya dia hendak mendapatkan buku-buku DBP daripada DAWAMA.

Berkali-kali permintaan dengan menggunakan telefon supaya DAWAMA menghantar buku-buku DBP ke rangakaian kedainya di seluruh negara tidak menghasilkan respons daripada pegawai DAWAMA yang bercakap.

"Dalam satu tahun tidak sekali salesman DAWAMA datang!" kata Pengurus Besar itu.

"Banyak pelanggan datang bertanyakan buku-buku DBP," katanya lagi. "Kita sudah beritahu DAWAMA, kalau DAWAMA tidak mahu hantar buku, apa kami mahu buat?"

Situasi begini tambah meyakinkan orang ramai bahawa DAWAMA memang tidak berminat mengedarkan buku-buku DBP, sebaliknya hanya berminat mengaut keuntungan besar daripada projek buku-buku teks yang diberikan oleh Kementerian kepada DBP.

Dalam dunia bisnes, memang luar biasa apabila ada kedai buku meminta bekalan buku tetapi pengedar buat pekak!

Keadaan begini hanya berlaku dalam budaya bisnes jabatan kerajaan sedangkan DAWAMA adalah sebuah syarikat swasta.

Memang keuntungan daripada projek buku teks itu sudah cukup besar bagi DAWAMA, sedangkan kerja mengedar dan menjual buku ke kedai-kedai adalah kerja berat dan remeh.

Bagi mengedarkan buku teks, salesman DAWAMA tidak perlu bangun daripada kerusi empuknya, tidak macam kerja mengedarkan buku dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai.

Tempoh konsesi buku-buku teks itu adalah selama 12 tahun, baki yang ada tinggal 8 tahun. Gosip pasaran mengatakan DAWAMA sibuk berhempas-pulas meminta supaya konsesi itu dipanjangkan sampai 20 tahun.

Jikalau DAWAMA berjaya mendapat pelanjutan konsesi itu selama 20 tahun lagi, maka buat 20 tahun tahun lagilah akan memburuk semua buku-buku terbitan DBP dalam setor DAWAMA!

Buat apa susah-susah hendak menjual buku DBP sedangkan makan duit buku teks pun salesman DAWAMA sudah gemuk?

Bagi orang ramai pula, kalau hendak membeli buku DBP, tunggulah setahun sekali DAWAMA mengadakan lelong jualan kilangnya!

Kita juga mendengar desas-desus pertunangan merger antara DAWAMA & SASBADI mungkin diputuskan oleh pihak SASBADI disebabkan DAWAMA gagal menunjukkan prestasi target jualan sebagaimana yang dipersetujui dalam MOU mereka.

SASBADI dan DAWAMA berminat kahwin sebab pemegang-pemegang saham DAWAMA dan SASBADI sama-sama mahu cash-in, yakni menuai keuntungan dengan mengapungkan saham DAWAMA/SASBADI di papan pertama BSKL.

Ada pula desas-desus yang mengatakan SASBADI sedang "diurat" oleh seorang jejaka korporat Melayu kayaraya yang sedang mencuba buat kali kedua hendak memasuki pasaran buku-buku bersilabus.

Jejaka korporat itu berminat membeli SASBADI sebab dia pun mahu mengapungkan saham syarikatnya ke Papan Pertama BSKL.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(27) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa itu Stock-check? Previous entry: UNIKA PTS Dalam Proses Kemaskini & Naik Taraf
alang kelana  on  11/20  at  12:13 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Pelik tetapi benar: DBP tidak memantau prestasi DAWAMA…
Adakah:
(a) DBP masih belum mengubah cara bekerja walaupun sudah sebegitu lama diswastakan? ; atau

(b) Ada sesuatu yang lain yang menyebabkan pengedar itu tidak diambil tindakan oleh pihak yang melantiknya menjadi pengedar tunggal??

Mungkin kes ini boleh menjadi salah satu daripada calon ke ‘x’ file??
——-

masali  on  11/20  at  01:17 AM

“Memang keuntungan daripada projek buku teks itu sudah cukup besar bagi DAWAMA, sedangkan kerja mengedar dan menjual buku ke kedai-kedai adalah kerja berat dan remeh.”

Jelas apa yang Puan nyatakan di atas menjawab segala-galanya. Perkiraan RM dan sen lebih menjadi lebih keutamaan kepada DAWAMA. Kepada pekedai buku sekiranya berkehendakkan buku nampaknya kenalah datang sendiri ke Keramat/Hulu Klang untuk mendapatkannya. Mungkin juga DAWAMA mahukan pekedai buku menjalankan urusniaga melalui on-line seperti apa yang dilakukan oleh Amazon, nak guna “high-tech” gamaknya…

alang kelana  on  11/20  at  01:38 AM

Assalamu’alaikum Sifu, Tuan Masali, et al,

(1) Mengenai pihak DAWAMA, apa yang Puan Ainon nyatakan di atas jelas dan Tuan Masali telah juga menerangkan;

(2) Kenapa DBP bertindak seperti tindakan mereka sekarang (lantik pengedar tunggal, bila sudah lantik satu pengedar-menagap tidak memabtau), itulah yang saya sedang persoalkan..

Faizul bin kamaruddin  on  11/20  at  02:42 AM

Melepaskan batuk di tangga uhuk uhuk uhuk

Amiene Rev  on  11/20  at  03:38 AM

kalau begitu, saya sudah blacklist nama DAWAMA. tidak akan ada apa-apa urusan dengannya. memalukan.

Helmy  on  11/20  at  04:15 AM

Salam.

Apa lagi boleh saya katakan? Ikatan “perkahwinan” DBP & Dawama melekakan - ia seakan sebuah kisah cinta. Saya kira masing-masing masih “berbulan madu”. Setiap tahun yang “sini” dapat duit bajet, yang “sana” dapat duit kontrak dan yang “sinun” mengeluh tidak dilayan.

Saya berdoa agar mereka “sedar” dari lamunan. Saya berdoa akan kesejahteraan mereka. Pulanglah…

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  04:24 AM

Sdr Helmy, bagaimana hasil sdr ke PNM? Saya doakan ada rezeki sdr!

Helmy  on  11/20  at  05:10 AM

Salam Puan Ainon,

Mereka suruh bersabar, jangan risau dan jangan gentar…tapi kesabaran saya semakin menipis, saya makin risau dan makin gentar kerana serba maklum buku a/c dah nak tutup…

alang kelana  on  11/20  at  05:44 AM

(1) Semoga kisah cinta antara “yang sana” dan “yang sini” akan bertambah baik dan mereka lekas bangun dari ‘kelekaan’ supaya “yang sinun” mendapat layanan yang lebih baik.

Terkadang-kadang “kahwin satu” lebih bermasalah daripada “perkahwinan poligami”...emmm

(2) Semoga kesabaran yang semakin ‘menipis’ itu tidak sia-sia dan berbaloi - jika tidak, janganlah lupa menyimpan rekod ‘hitam’ ini sebagai panduan di hari depan..

rastom  on  11/20  at  06:10 AM

Tuan Alang.

Bukan kadang kadang. Selalu! Kahwin satu, dua, tiga atau empat bukan masalahnya. Dalam dunia profesional, plan-manage-control itu faktor faktor kelangsungan entiti itu. Yang masalah sekarang mereka hanya pandai plan-plan-plan, faktor manage/control entah dimana?

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  07:08 AM

Sdr Helmy,

Jaga hubungan baik dengan PNM macam jaga hati bini muda! Setiap kali ada undangan, mesti pergi menghadap. Dalam majlis seperti itulah kita dapat berjumpa dengan pegawai2 PNM dengan cara tak ketara. Sambil salam-salam, bisik2lak apa yang patut…..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/20  at  08:38 AM

hingga kini buku “masyarakat islam hadhari” masih tiada di kedai buku dawama Kota Kinabalu walau dah 3 bulan di lancarkan, salah siapa DBP atau Dawana atau Syarikat penghantaran.

Helmy  on  11/20  at  09:57 AM

Salam.

Bisik kata-kata cinta & sayang ke Puan Ainon? Kalau bab itu saya tak tertanding dengan tuan rastom…

dingin  on  11/20  at  10:05 AM

aik,
rasa macam baru

hihihi

...

dawama,
memalukan melayu,
sepatutnya dalam riuh perwakilan Umno berucap berkenaan mendaulatkan Bahasa Melayu,
ada diselitkan berkenaan Dawama yang menyusahkan pembaca bacaan Melayu.

rastom  on  11/20  at  10:05 AM

Dawama, DBP, Sasbadi dan lain yang sewaktu dengannya adalah contoh contoh bagaimana dana kerajaan boleh dikeluarkan dengan secara sah tetapi kesannya matlamat murni tidak tercapai. Banyak contoh berlaku, bukan DBP sahaja yang terkena penyakit ini.

rastom  on  11/20  at  10:12 AM

canggih sungguh muka baru blog ini, tetapi malangnya sukar memantau komen terbaru, atau mungkin belum diaktifkan?

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  01:04 PM

Sdr Helmy, pada penilaian saya sebagai perempuan…. bab bisik-bisik cinta dan sayang ini, Sheikh Alang masih yang ngetop! Baca sajalah puisi-puisi cintanya. Aduh!

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  01:09 PM

Tuan Rastom,

Sdr. Fauzul sedang bertukang. Entah-entah macam tikus membaiki labu…...

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  01:13 PM

Sdr Dingin,

Ya, saya setuju dengan pendapat sdr. Seharusnya isu DAWAMA disebut dalam perhimpunan UMNO lalu, biar Hishamuddin jawab. Menteri itu berjanji mahu memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi DAWAMA di bawah batang hidungnya dibiarkan buat malu Melayu. Sudah dapat harta karun dalam setor DBP, DAWAMA masih mahu hidup dengan mengemis projek buku teks!

alang kelana  on  11/20  at  02:11 PM

Bisik-bisik cinta yang Puan Ainon katakan di entri ini ialah bisik-bisik cinta juga tetapi ianya berbeza daripada yang biasa dibisikkan. Pada hemat saya, ‘bisik-bisik cinta’ di entri ini ialah demi ‘kecintaan’ dan ‘kesayangan’ beliau terhadap DBP.

Mana tidaknya DBP yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Bahasa Melayu telah begitu jauh tersasar daripada matlamat. Bukankah beliau dulu berkhidmat sebegitu lama di DBP?

Maka sudah tentulah apa jua yang tidak kena kepada DBP, tentu beliau sedikit sebanyak merasa tidak gembira…
(Ini semacam menjadi jurucakap Sifu yang belum dilantik agaknya…)

fudzail  on  11/20  at  02:57 PM

Salaam
Satu-satunya buku saya yg diterbitkan oleh dbp ialah antologi puisi, ‘Waikato’ tahun 2000 lalu. Baru-baru ini dapat surat dari DBP, ‘Buku antologi Waikato* hanya laku 5 buah** sahaja pada tahun 2000’....
* Rasanya edisi kedua…
** 5 buah itu pun saya yg beli sendiri atas pesanan kawan-kawan…

fudzail  on  11/20  at  02:59 PM

pembetulan
‘Buku antologi Waikato* hanya laku 5 buah** sahaja pada tahun 2005′bukan 2000….

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  07:06 PM

Sdr Fudzail,

Apa yang saudara tulis itu mengejutkan! Sungguh mengejutkan!

zulkhair  on  11/20  at  08:47 PM

Saya dapat percuma hadiah penulisan tahun 2004 tak silap. Berbalik kepada persoalan pokok, inilah agaknya apa yang dikatakan, ada barang baik, tak dapat dijual dengan baik sedang orang lain mampu menjual dengan baik padahal bukanlah baik sangat dan kadang2 tak baik pun.

Puan Ainon Mohd.  on  11/20  at  09:00 PM

Sdr Zulkhair,

Betul kata saudara itu. Kemahiran jual-beli ini amat penting. Nabi SAW adalah seorang trader. Jadi kita semua mesti belajar seni berjual-beli.

Bagi orang yang pandai trading, dia dapat jual pasir kepada orang Arab!

DAWAMA tidak pandai trading, itu sebab, sudah jutawan pun masih ada mentaliti pengemis projek kerajaan! Jadi…. kita telah swastakan DBP kepada jutawan2 pengemis!

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.