Mengapa di PTS Sinopsis Cerita Perlu Diluluskan Terlebih Dahulu
Bagi penulis-penulis yang baru hendak menulis untuk terbitan PTS, mereka dikehendaki menghantar sinopsis yang terperinci kepada editor supaya dibaca, dinilai dan diluluskan terlebih dahulu. (Contoh format menulis sinopsis boleh dilihat di blog Penerbit PTS.)
Ini disebabkan editor perlu memastikan perkara-perkara berikut:
(1) Cerita itu memenuhi ciri-ciri cerita yang syariah-compliant.
(2) Kualiti cerita cukup tinggi dan memenuhi citarasa pembaca sasaran.
Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh PTS mendapati kualiti cerita adalah faktor paling penting yang menentukan jualan buku-buku fiksyen.
Nota: Seorang editor di PTS Fortuna Sdn. Bhd. pernah menerima manuskrip novel yang dihantar atas nama sebuah 'syarikat'. Apabila si penghantar diminta supaya menghantar sinopsisnya, dia mula bercakap 'berbelit-belit'. Siasatan lanjut mendapati syarikat itu telah melakukan penipuan dengan menghantar kepada PTS manuskrip yang diterima dari penulis lain. Itulah sebabnya dia tidak tahu cerita dalam manuskrip yang dihantarkannya itu. Sekiranya editor PTS telah menerbitkan novel itu, tentulah PTS terlibat dengan jenayah menerbitkan harta intelek curi. Dalam kes ini, ada sebuah syarikat yang mengaku ia sebuah penerbit. Syarikat itu telah membuat iklan mencari manuskrip bagi terbitannya sendiri. Apa yang telah berlaku, syarikat itu telah menghantar manuskrip yang diterimanya kepada PTS dengan tidak menuliskan nama pengarang, sebaliknya meletakkan nama syarikat itu sendiri sebagai pemilik hakcipta.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

assalamualaikum Puan,
Diharapkan Puan sentiasa sihat dan cergas disamping keluarga tercinta
Saya adalah salah seorang peserta bengkel yang Puan anjurkan. Sudah 3 bengkel yang saya hadiri dan saya menerima banyak ilmu berguna dari Puan. Saya berharap saya dapat menghadiri bengkel Puan yang akan datang. Saya juga baru menerima khabar berita gembira dari Puan Nurulhilyati melalui kiriman emelnya kepada saya, mengatakan bahawa saya terpilih sebagai salah seorang penterjemah novel Inggeris-Melayu. Buat pengetahuan Puan saya amat gembira. Terima kasih kepada PTS kerana memberi peluang sebesar ini kepada saya.
Saya ada terbaca blog Puan yang menyatakan mengenai penulisan sinopsis.Serta Puan juga ada menulis mengenai kepada sesiapa yang inginkan contoh penulisan sinopsis yang baik, boleh meminta dari Puan. oleh sebab itu, saya berminat untuk mendapatkan contoh sinopsis dari Puan bagi membolehkan saya menulis sinopsis yang baik.
Sekian, terima kasih
Oops!
Tertangkap.. !!!
assalamualaikum Puan,
saya amat setuju dengan format PTS di mana sinopsis yang terperinci perlu dihantar kepada editor supaya dibaca, dinilai dan diluluskan terlebih dahulu.
Dengan cara ini, penulis tidak kerugian masa dengan menulis manuskrip ‘syok sendiri’.
Saya pernah menghadiri bengkel Teknik Surah Yusuf dan amat berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel lain bagi mengaut ilmu. Amat berharap juga saya boleh menjadi salah seorang penulis PTS.
assalamualaikum puan. saya ingin bertanya tentang manuskrip sesebuah novel mengapa bilangan mukasurat sesebuah novel itu mestilah lebih dari 350. mengapa novel yang bagus dan sedap ceritanya tetapi bilangan mukasurat tidak sampai 300 m.s akan di tolak sedangkan manuskrip itu sesuai untuk bacaan umum.
Post a comment