Wednesday, December 20, 2006

Mengapa Filem P. Ramlee Evergreen

Filem-filem P. Ramlee yang terbit hitam-putih masih kekal dapat dinikmati oleh penonton TV hingga hari ini, walaupun sudah berusia lebih 40 tahun.

Dua faktor utama yang menjadikan filem-filem P. Ramlee evergreen adalah:

(a) Tema cerita dalam filem-filem itu adalah tema evergreen.

(b) Bahasa Melayu yang digunakan di dalam filem-filem itu adalah Bahasa Melayu Tinggi.

Bandingkan filem P. Ramlee dengan filem-filem Afdlin Shauki "Baik Punya Cilok" dan "Buli Balik" yang meletup dalam pasaran tetapi menggunakan Bahasa Melayu Rendah.

Adakah karya Afdlin Shauki itu akan kekal diminati penonton 40 tahun daripada sekarang?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa BM Tinggi Kekal Evergreen Previous entry: Tema Tidak Evergreen
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  06:23 AM

Assalamualaikum…Pn Sifu.

Pada pendapat saya, selain daripada penggunaan BMT, Filem-filem P. Ramlee membuat penontonnya tergelak dengan lawak yang original.

Tidak seperti lawak filem-filem sekarang yang kebanyakkannya slapstik dan akhirnya memualkan penonton. Itulah sebabnya filem-filem lawak sekarang ini hanya bertahan beberapa ketika sahaja. Selepas itu, orang akan menyampah melihat adegan-adegan lawak yang memperbodohkan minda penonton yang separuhnya sudah sedia bodoh.

Nasihat saya kepada para pembikin lawak, kaji bagaimana P.Ramlee membuat lawak yang evergreen.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  12/20  at  06:42 AM

Sdr Yusri,

Saya sokong benar usul saudara berkenaan “lawak evergreen” itu! Memang tepat.

Kepada mentee2 SifuPTS, tolong selitkan lawak evergreen dalam jibunsyi saudara2. Apabila di-telenovela-kan nanti baru bertambah seronok penonton menontonnya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  06:50 AM

Pada saya lawak yang evergreen adalah:
1. Lawak yang spontan tapi logik.
2. Lawak yang banyak menggunakan kata-kata.
3. Tidak dibuat-buat
4. Tidak menggunakan bahasa tubuh yang terlalu banyak.
5. Tidak meniru aksi-aksi haiwan atau aksi OKU
6. Tidak memperbodohkan penonton.

rastom  on  12/20  at  07:35 AM

Sdr Yusri,

Saya tambah satu lagi, jangan gunakan nama jawatan di universiti di depan nama kita, contohnya filem ini arahan Prof MakDia Rastom al Burtughal…..

Puan Ainon Mohd.  on  12/20  at  07:41 AM

Adooii mak, sakitnya perut aku ketawa…. habis 3 helai tisu dok lap air mata!

Prof MakDia!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  09:03 AM

Saya sokong cadangan Sdr Rastom!

Kita tidak mahu gelaran Prof.,Prof. Madya dan Dr. kelihatan bodoh kerana cerita-cerita yang dikeluarkan oleh pemegang gelaran tersebut bodoh dan membodohkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  09:07 AM

Prof MakDia itu membuat filem bodoh, dilakonkan oleh artis yang tidah bijak, dipertontonkan kepada sebahagian khalayak yang tersedia bodoh.

Yang pandai dan mengaut untung daripada satu sistem bodoh diatas adalah si TEOH film itulah…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/20  at  09:21 AM

...dan… hari raya yang lepas… TEOH pun ikut berlakon… drama Melayu… yang kononnya… komedi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/13  at  03:28 AM

TAJUK BUKU: FILEM-FILEM P. RAMLEE
PENULIS: MUSTAFAR A.R. & AZIZ SATTAR
PENERBIT: MZA TERBIT ENTERPRISE,  ISBN NO: 978-983-43591-0-2
HARGA: RM69.00,  MUKASURAT: 355,  TAHUN: 2008

Pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee telah disempurnakan oleh Datuk L. Krishnan pada April 26, 2008 di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib. Majlis pelancaran buku Filem-Filem P. Ramlee turut diserikan dengan kehadiran seniman dan seniwati veteran seperti Neng Yatimah, Mariani, Zaiton, Hashimah Yon, Dayang Sulu, S. Shamsudin, Momok Latif, Kasim Masdor dan ramai lagi.

Jika sebelum ini sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni hiburan diabadikan menerusi Pustaka P. Ramlee, Jalan P. Ramlee dan sambutan Hari Memperingati P. Ramlee pada setiap 22 Mac dan 29 Mei anjuran Persatuan Karyawan Malaysia, kini peminat P. Ramlee berpeluang mengenali P. Ramlee dengan lebih mendalam apabila buku berjudul Filem-Filem P. Ramlee diterbitkan.

Dalam buku ini, Mustafar A.R. Dan Aziz Sattar bukan sekadar menyingkap 66 filem arahan dan lakonannya, malah turut mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam Filem-filem P. Ramlee. Juga terdapat ringkasan cerita, ulasan, kritikan dan penilaian terhadap P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah disamping menyorot di belakang tabir filem-filem beliau.

Tambah menarik, buku yang ditulis oleh Mustafar A. R. dan Datuk Aziz Sattar ini juga memaparkan informasi filem luar negara yang digunakan sebagai bahan rujukan P. Ramlee ketika menghasilkan filemnya.

Buku seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan bolehlah dianggap sebagai dokumentasi lengkap mengenai Filem-filem P. Ramlee dan sangat bersesuaian dijadikan rujukan terutama dikalangan orang-orang filem, ahli akademik dan mereka yang menyayangi P. Ramlee.

Oleh itu, sekiranya anda meminati Filem-filem P. Ramlee, seharusnya buku Filem-Filem P. Ramlee ini menjadi koleksi peribadi anda yang harus dimiliki.

UNTUK MENDAPATKAN BUKU “FILEM-FILEM P RAMLEE” HUBUNGI MUS DI TALIAN 013-3 1515 99. TERIMA KASIH

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11  at  12:57 PM

saya suka juga filem-filem lama ni.Terutamanya filem P.Ramlee.Apa pendapat anda tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam filem P.Ramlee berbanding filem-filem melayu sekarang?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.