Mengapa Hanya Surah Yusuf
Salah satu kritikan yang Sifu terima daripada beberapa penulis fiksyen yang skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan aplikasinya buat menghasilkan karya sastera Islami adalah: Mengapa tidak dikaji seluruh ayat-ayat al-Quran? Mengapa setakat mengkaji surah Yusuf sahaja?
Beginilah respons saya: Fokus kajian saya adalah surah Yusuf. Bekerja dengan mempunyai fokus yang spesifik adalah amat penting kepada produktiviti. Masih banyak lagi unsur-unsur sastera pada surah Yusuf yang belum dapat saya kaji disebabkan keterbatasan pengetahuan saya dalam ilmu-ilmu al-Quran.
Bahagian-bahagian yang sudah saya fikirkan, renungkan, analisiskan, dan tuliskan hasil kajian itu pun mengambil masa lebih 20 tahun baru saya berani mengetengahkannya. (Baca dalam sasteraislami.blogspot.com)
Jadi, saya tidak berupaya hendak mengkaji seluruh al-Quran. Saya berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Imam Shafie: "Kalau tidak dapat buat semua, jangan tidak dibuat semua."
Kepada mereka yang mengkritik Sifu, lebihlah efisien apabila antara kita berbahagi-bahagi kerja. Masing-masing memberi sumbangan masing-masing buat membangunkan dan memajukan penghasilan sastera Islami, baik dari sudut penciptaan teori-teorinya, analisis teknik-tekniknya, kritikannya, apatah lagi penghasilan karya kreatifnya.
Bagi pihak diri saya sendiri, biarlah saya kaji surah Yusuf, pihak-pihak lain pula kajilah surah-surah lain. Langkah yang dilakukan oleh Saudara Faisal Tehrani sungguh terpuji. Beliau baru-baru ini menuliskan hasil kajian beliau tentang surah Lukman.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

ya betul tu Puan Sifu, lebih baik kita fokus pada satu-satu perkara, berbanding banyak-banyak perkara..
jangan jadi bak kata pepatah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”..
kalau banyak sangat yang nak dibuat, takut nanti hilang fokus pula! huhu..
Post a comment