Mengapa Iklan dalam Akhbar Harakah Efektif
PTS membelanjakan RM20 ribu bagi mengiklan buku-buku agama terbitannya dalam akhbar Harakah. Sebanyak 27 tajuk buku dipilih khusus untuk diiklankan sempena kempen membaca "Marhaban Ya Ramadan".
Menurut Tuan Mohd. Azari, eksekutif di Jabatan Sales PTS (foto), yang bertugas menjual buku-buku PTS kepada kedai-kedai buku agama 'indie', kesan positif tersiarnya iklan dalam Harakah itu memang dapat dirasakan.
Sebaik-baik iklan-iklan PTS itu tersiar, jabatan sales menerima tempahan buku-buku itu pada kenaikan antara 15% sehingga 20% berbanding sebelumnya.
Faktor yang mendorong kenaikan itu adalah, akhbar Harakah dibaca oleh towkay-towkay kedai buku agama. Jadi, apabila mereka terbaca iklan PTS itu mereka pun terus membuat pesanan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Semakin ramai yang meminati Harakah, sasaran pasaran semakin meningkat dan pengaruh akhbar Harakah semakin luas.
Di mana-mana ramai orang membaca Harakah untuk mendapatkan informasi mengenai politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Secara tidak langsung ianya menjadi media yang menyebarkan maklumat yang membantu pembaca memperolehi sumber informasi.
Untuk pengetahuan bersama, bukan sahaja taukey-taukey buku yang membaca iklan di Harakah, taukey-taukey ikan, kain, buah-buahan dan juga surirumah yang memberi maklumat-maklumat di dalam akhbar Harakah kepada suami mereka.
Untuk pengetahuan bersama, bukan sahaja taukey-taukey buku yang membaca iklan di Harakah, taukey-taukey ikan, kain, buah-buahan dan juga surirumah yang memberi maklumat-maklumat di dalam akhbar Harakah kepada suami mereka. Ini memberi kesan kepada kenaikan jualan oleh pembekal.
Post a comment