Mengapa Jadual Penerbitan Lari…
Nota: Entri ini ditulis bagi menerangkan kepada penulis yang tidak puas hati disebabkan jadual penerbitan bukunya lari....
Jadual penerbitan karya saudara digubal oleh jabatan editorial. Ini membolehkan penulis-penulis PTS diberitahu lebih awal tarikh karya mereka akan dihantar ke kilang cetak. Ini juga membolehkan para pengedar dan kedai buku membuat pesanan lebih awal bagi judul-judul yang bakal terbit.
Walau bagaimanapun, jadual itu mungkin berubah. Apabila ini berlaku memang penulis kecewa!
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengurusan PTS tiba-tiba memaksa jabatan editorial meng-adjust jadual penerbitan buku yang sudah digubal lebih awal.
Berikut adalah punca-punca perubahan jadual penerbitan:
(1) Apabila tiba-tiba berpuluh-puluh judul PTS yang sudah 'out-of-stock' dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Judul-judul itu terpaksa dicetak semula dengan serta-merta. Ini menyebabkan jabatan kewangan PTS memaksa semua bajet yang sudah diperuntukkan bagi mencetak judul-judul baru digunakan bagi mencetak judul-judul kontrak PNM.
(2) Apabila jabatan pemasaran PTS menerima pesanan besar bagi judul 'out-of-stock' yang digunakan oleh IPT sebagai buku bacaan wajib pelajar, manakala semester baru sudah amat hampir dibuka.
(3) Apabila ada judul yang tidak disangka-sangka meletup, yakni baru terbit 2 ataupun 3 minggu, sudah kosong dalam setor, dan pengedar-pengedar besar PTS 'menjerit-jerit' mahukan bekalan baru segera dihantar sebab pekedai 'menjerit-jerit' kepada pengedar.
(4) Apabila berlaku perubahan suasana dalam pasaran yang menyebabkan bahagian pengurusan mengeluarkan arahan supaya "pelampung keselamatan" dipakai.
Itulah 4 faktor yang memaksa jabatan editorial menunda tarikh terbit judul baru sebulan ataupun dua bulan lebih lewat.
.
.
Jadual penerbitan karya saudara digubal oleh jabatan editorial. Ini membolehkan penulis-penulis PTS diberitahu lebih awal tarikh karya mereka akan dihantar ke kilang cetak. Ini juga membolehkan para pengedar dan kedai buku membuat pesanan lebih awal bagi judul-judul yang bakal terbit.Walau bagaimanapun, jadual itu mungkin berubah. Apabila ini berlaku memang penulis kecewa!
Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengurusan PTS tiba-tiba memaksa jabatan editorial meng-adjust jadual penerbitan buku yang sudah digubal lebih awal.
Berikut adalah punca-punca perubahan jadual penerbitan:
(1) Apabila tiba-tiba berpuluh-puluh judul PTS yang sudah 'out-of-stock' dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Judul-judul itu terpaksa dicetak semula dengan serta-merta. Ini menyebabkan jabatan kewangan PTS memaksa semua bajet yang sudah diperuntukkan bagi mencetak judul-judul baru digunakan bagi mencetak judul-judul kontrak PNM.
(2) Apabila jabatan pemasaran PTS menerima pesanan besar bagi judul 'out-of-stock' yang digunakan oleh IPT sebagai buku bacaan wajib pelajar, manakala semester baru sudah amat hampir dibuka.
(3) Apabila ada judul yang tidak disangka-sangka meletup, yakni baru terbit 2 ataupun 3 minggu, sudah kosong dalam setor, dan pengedar-pengedar besar PTS 'menjerit-jerit' mahukan bekalan baru segera dihantar sebab pekedai 'menjerit-jerit' kepada pengedar.
(4) Apabila berlaku perubahan suasana dalam pasaran yang menyebabkan bahagian pengurusan mengeluarkan arahan supaya "pelampung keselamatan" dipakai.
Itulah 4 faktor yang memaksa jabatan editorial menunda tarikh terbit judul baru sebulan ataupun dua bulan lebih lewat.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Oh begitu rupanya. Ingatkan jadual penerbitan lari kerana penulis kuih tempah tidak dapat menyiapkan tulisannya”
-----
Jika PTS sebagai penerbit saya yakin kelewatan penerbitan bukan sengaja tetapi kerana sebab yang munasabah lagi praktikal. Sebagai penulis saya sentiasa akur dengan keputusan penerbit. Jika tulisan itu bermutu tinggi, penulis tidak seharusnya bimbang. Lambat mana sekalipun jika hasilnya baik pembaca tentu akan cari juga.
Alhamdulillah. Perjuangan PTS mendapat keberkatan daripadan Tuhan.
Post a comment