Mengapa Jualan Buku Puisi Corot
Data jualan buku puisi yang ada pada kita menunjukkan buku puisi, senang cakap, tak laku! Apakah nama penyair itu nama besar ataupun nama kecil, apakah buku itu diterbitkan oleh DBP ataupun bukan, buku puisi tetap tidak laku.
Begitu tidak lakunya buku puisi sehingga penerbit swasta tidak berani menerbitkan buku puisi. Ini memaksa ramai penyair mengeluarkan wang simpanan peribadi bagi menerbitkan sendiri karya mereka.
Kita cuba memikirkan apakah barangkali faktor-faktor yang selama ini menyebabkan buku-buku puisi yang pernah diterbitkan tidak laku.
Begitu tidak lakunya buku puisi sehingga penerbit swasta tidak berani menerbitkan buku puisi. Ini memaksa ramai penyair mengeluarkan wang simpanan peribadi bagi menerbitkan sendiri karya mereka.
Kita cuba memikirkan apakah barangkali faktor-faktor yang selama ini menyebabkan buku-buku puisi yang pernah diterbitkan tidak laku.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Ibu.
Saya terpaksa tidak bersetuju semata-mata data yang ada pada saya.
1. Rindu Ibu (2004) - Lebih 10,000 naskhah
2. Dirgahayu Dr. Mahathir (2004) - 2,800 naskhah
Buku-buku puisi yang diterbitkan tidak laku mungkin disebabkan:
1. Rekabentuk tidak menarik
2. POD - ia jadi mahal
3. Persepsi orang ramai:
- Baca puisi perlu “berfikir”
- Satu mukasurat beberapa rangkap, rugi beli! (hahahah)
- “jiwang”?
Cara pemasarannya pun lain. Buat masa ini, biarlah saya cuba menerbitkan beberapa buku puisi lagi dengan menggunakan formula yang saya ada dan percaya. Selepas itu bisa saja saya berkongsinya bersama penerbit lain.
Oh lupa, lentur buluh biarlah dari rebung - sastera perlu diperkenalkan dari sekolah rendah lagi.
——-
Mungkin saya boleh kongsi kenapa saya beli Rindu Ibu.
1. Pak Samad yang tulis. Mungkin juga di sini nama besar menjadi faktor utama. Keinginan timbul untuk membaca karya puisi beliau kerana sebelum ini saya kurang pendedahan sastera Melayu.
2. Tajuk ‘Rindu Ibu’ menarik perhatian saya sebagai seorang ibu. Apabila saya baca isinya, saya dapati amat sesuai untuk dibacakan kepada anak saya.
3. Temanya juga bersesuaian untuk mendidik. Sebagai contoh, sudah dua kali saya menggunakan beberapa puisi dalam Rindu Ibu sebagai bahan untuk ceramah motivasi yang saya berikan di sekolah-sekolah rendah. Pemilihan dan penyusunan tema puisi dapat dijadikan sebagai daya penarik.
4. Pada pendapat saya, puisi dalam Rindu Ibu amat digemari para ibu, guru dan pendidik.
5. Harga tidak menjadi persoalan sangat sekiranya isinya bernilai. Sebagai contoh,saya sanggup membeli Rindu Ibu dengan harga RM45. Tetapi dengan edisi santai berharga RM10 boleh menyebabkan ramai lagi pembeli.
Kesimpulannya, tarik perhatian ibu dan guru kerana ibu (mungkin yang berpendapatan) yang akan membeli buku, dan guru boleh promosi dan gunakan sebagai bahan mengajar. Mungkin juga pustakawan sekolah.
Tentang buku puisi lain, saya akan beli apabila terbaca iklannya. Secara ringkasnya, kurang promosi atau mungkin saja saya yang tidak sedar tentang kewujudannya. Setakat ini hanya saya beli ketika di majlis sastera tertentu atau diiklankan di laman web kerana tidak diiklankan di kedai buku.
Sekadar pandangan seorang pembeli.
Salam.
hehehe Puan Shima sudah memberitahu salah satu caranya…wanita - ibu - pendidik. Itu memang salah satu kumpulan sasaran WBSB untuk buku-buku puisinya.
Post a comment