Tuesday, June 29, 2010

Tip Survival Penerbit: Mengapa Jumlah Buku-Buku Return Tinggi

PTS berniaga menggunakan sistem konsainmen dengan agen-agennya. Di sini 'agen' termasuklah pengedar buku dan pekedai-pekedai buku. Pada masa ini PTS mempunyai sekitar 800 agen yang aktif di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Dalam sistem konsainmen, buku-buku yang dihantar kepada agen diberi kemudahan kredit, dan mana-mana buku yang tidak laku boleh dipulangkan kepada PTS.

Menurut Puan Khalilah Mad (foto), eksekutif kawalan kredit di jabatan sales PTS, tiap-tiap bulan purata nilai buku-buku PTS yang pulangkan oleh pekedai buku adalah antara RM200 - RM250 ribu. Jumlah itu adalah sekitar 13% daripada jualan bulan berkenaan.

Menurut beliau lagi, bagi seluruh tahun 2009, nilai buku-buku return PTS adalah sekitar RM3 juta.

Ada 2 faktor yang menyebabkan jumlah buku return tinggi:

(i) Apabila agen-agen PTS aktif mengadakan pameran buku, mereka mengambil stok buku untuk pameran. Selesai pameran, mereka akan pulangkan semua buku yang tidak laku.

(ii) Sebelum kedai-kedai buku membayar hutang PTS, mereka memulangkan buku-buku PTS yang belum laku, selepas itu baru mereka membayar hutang PTS. Jika mereka tidak memulangkan buku-buku itu, hutang mereka menjadi banyak dan situasi itu tidak bagus bagi cash-flow mereka.

Buku return menjadi beban kepada PTS. Ia adalah suatu kos tambahan. Apabila kedai memulangkan buku-buku itu, kos pengangkutannya ditanggung sekali lagi oleh PTS.

Buku-buku itu memenuhkan ruang setor yang sepatutnya digunakan bagi menyimpan stok baru. Ruang adalah wang.

Pekerja setor terpaksa bekerja overtime bagi membuka kotak-kotak buku return itu, mengira jumlahnya dan nilainya, dan kemudian menyusun semula buku-buku itu di tempat asalnya dalam setor.  Maklumat itu perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer oleh kerani jualan.

Puan Khalilah memberitahu, meskipun jumlah buku return itu kelihatan sangat tinggi, tetapi sebahagian besar judul PTS akhirnya dapat dijual dalam tempoh setahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Menubuhkan Unit Perkamusan Previous entry: Tim Penulis PTS dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: